Bakal Ditutup 1 Julai Ini? Tak Benar! Hospital Segamat Masih Beroperasi Seperti Biasa

LocalHealth & Fitness
5 Jun 2026 • 12:13 AM MYT
Borak Daily
Borak Daily

Curious & progressive. Bringing you the latest lifestyle & entertainment news

Jabatan Kesihatan Negeri Johor (Jabatan Kesihatan Negeri Johor (JKNJ)) menafikan sekeras-kerasnya dakwaan tular di media sosial yang mendakwa Hospital Segamat akan ditutup bermula 1 Julai ini.

Pengarah Kesihatan Johor, Dr. Mohd Mokhtar Pungut@Ahmad menegaskan hospital berkenaan masih beroperasi seperti biasa dan tiada sebarang keputusan dibuat untuk menutup fasiliti kesihatan tersebut.

Menurut beliau, pihaknya mengambil maklum penyebaran maklumat berkaitan surat penangguhan rujukan kes-kes Obstetrik dan Ginekologi (O&G) dari daerah Rompin dan Gemas bertarikh 3 Jun lalu yang telah menimbulkan kekeliruan dalam kalangan masyarakat.

“JKNJ ingin menegaskan bahawa Hospital Segamat masih beroperasi seperti biasa dan tiada penutupan hospital sebagaimana yang didakwa.
“Pada masa ini, JKNJ sedang meneliti dan memuktamadkan pengaturan perkhidmatan di Jabatan O&G Hospital Segamat bagi memastikan penyampaian perkhidmatan yang berkesan dan berterusan kepada masyarakat,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Dr. Mokhtar berkata, status terkini serta perancangan lanjut berhubung perkara tersebut akan dimaklumkan dalam masa terdekat.

Image from: Bakal Ditutup 1 Julai Ini? Tak Benar! Hospital Segamat Masih Beroperasi Seperti Biasa

Foto

Foto tular di media sosial

Sebelum ini, tular di media sosial dakwaan kononnya hospital berkenaan akan ditutup, sekali gus mencetuskan kebimbangan orang ramai.

Sumber: FB Hospital Segamat

The post Bakal Ditutup 1 Julai Ini? Tak Benar! Hospital Segamat Masih Beroperasi Seperti Biasa appeared first on Borak Daily.