Bakal diumumkan esok, PM Anwar harap penghargaan luar biasa beri manfaat buat rakyat

LocalPolitics
22 Jul 2025 • 4:20 PM MYT
Oh My Media
Oh My Media

A digital platform emphasizing quality content and inspirational stories.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menyifatkan pengumuman yang bakal dibuat esok sebagai tanda keprihatinan kerajaan MADANI terhadap rakyat Malaysia.

Menurut beliau, penghargaan itu juga adalah pengiktirafan kepada sokongan rakyat yang terus teguh bersama kerajaan dalam merealisasikan agenda reformasi.

“Moga pengumuman ini membawa manfaat buat rakyat terbanyak dan menjadi cerminan usaha kita bersama untuk membina masa depan yang lebih adil dan sejahtera,” katanya menerusi hantaran di Facebook hari ini.

image is not available

PM Anwar harap penghargaan luar biasa beri manfaat

Terdahulu, Anwar memaklumkan bahawa beliau akan membuat satu “penghargaan luar biasa” kepada rakyat dan memerlukan sedikit masa untuk meneliti pengumuman tersebut selepas sesi pemukiman Kerajaan Perpaduan di Port Dickson, Negeri Sembilan.

image is not available

image is not available

Menteri Komunikasi, Datuk Fahmi Fadzil turut mengesahkan bahawa pengumuman berkenaan akan dibuat pada jam 10.30 pagi esok.

Sumber: FB Anwar Ibrahim