Bakal guru rayu bantuan tiket ke IPG Sabah, Sarawak

LocalFamily & Parenting
5 Aug 2026 • 12:13 PM MYT
Kosmo Online
Kosmo Online

Hub berita berintegriti dan sensasi dalam dan luar negara.

Image from: Bakal guru rayu bantuan tiket ke IPG Sabah, Sarawak

PETALING JAYA – Seorang le­pa­san Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) yang ditawarkan mengikuti pengajian di Institut Pen­didikan Guru (IPG) diselubu-ngi kebimbangan apabila keluarganya tidak mampu menyediakan tiket penerbangan ke Sarawak.

Nooarzin Yasmin Mohd. Zain, 20, dari Bachok, Kelantan ditawarkan mengikuti Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan dalam bi­dang Bahasa Melayu Pendidikan Rendah di IPG Kampus Batu Lintang, Kuching.

Bagaimanapun, dia masih belum membeli tiket penerbangan bagi menghadiri hari pendaftaran 10 Ogos ini ekoran harga tiket mencecah RM500
sehala.

Kakaknya, Noorathirah, 25, ber­kata, keluarga mereka cuba men­cari penerbangan lebih murah termasuk bagi perjalanan pa­da Selasa atau Rabu serta menin­jau pilihan berlepas dari Kuala Lum­pur dan Pulau Pinang.

“Adik memang mahu menjadi guru. Selepas Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), dia pernah memohon untuk memasuki IPG tetapi tidak berjaya sebelum mencuba sekali lagi selepas tamat STPM.

“Namun, apabila melihat kos yang perlu ditanggung, dia berkata hasratnya untuk pergi seolah-olah menyusahkan ramai orang,” katanya kepada ­Kosmo!.

Menurutnya, ibu mereka merupakan suri rumah, manakala bapanya bekerja sebagai pemandu lori selain mengambil tempahan memasang dan menyewakan kanopi, naun pendapatannya tidak tetap.

“Kami semua buntu memikirkan soal kewangan kerana hanya abang yang ada pendapatan tetap sebagai guru tetapi dia ada tanggungan sendiri,” katanya.

Ujar Noorathirah, tawaran tersebut diterima secara tiba-tiba menyebabkan keluarga tidak mempunyai banyak masa membuat persiapan kewangan.

“Kami sangat berharap sekurang-kurangnya ada pihak yang dapat membantu menyediakan tiket penerbangan. Sekiranya tiket dapat ditanggung, itu pun kami sudah ­sangat bersyukur.

Situasi sama turut dihadapi seorang lagi ibu dari Johor Bahru dikenali sebagai Khatijah Mohd. Chik, 45.

Suri rumah itu berkata, anak keduanya yang memperoleh keputusan cemerlang dalam Sijil Pelajaran Malaysia turut ditawarkan mengikuti PISMP di IPG Kent, Tuaran, Sabah.

Menurutnya, suaminya be­kerja sebagai pengurus bagi menyara lima orang anak termasuk seorang orang kurang upaya.

“Kos ke Sabah sangat tinggi mencecah ribuan ringgit. Saya harap ada sudi bantu,” katanya.

 

 

The post Bakal guru rayu bantuan tiket ke IPG Sabah, Sarawak appeared first on Kosmo Digital.

View Original Article
Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved