
Hubungan istimewa antara pelawak Shuib Ubi dan seorang wanita, Watie Hanifiah nampaknya masih menjadi sebutan sehingga ke hari ini.
Ini selepas rata-rata peminat Shuib masih ragu-ragu dengan pilihan hatinya dan hanya mampu mendoakan yang terbaik. Ini kerana Shuib dilihat begitu yakin bahawa Watie adalah wanita yang paling sesuai menjadi ibu buat anak-anaknya.
Bagaimanapun, Watie sekali lagi menarik perhatian ramai selepas tampil dengan pakaian serba putih dan agak ketat hingga menampakkan bentuk badan.
“Kalau longgarkan sikit cantik, maaf kalau saya tegur” – Pengikut Watie.
Dalam perkongsian Watie kali ini, dia berjalan catwalk sambil mempromosikan produk kecantikan miliknya. Namun, rata-rata netizen menasihatkan Watie untuk gayakan pakaian yang lebih longgar.





Apapun, kita doakan sahaja yang terbaik buat Watie dan semoga teguran baik ini dapat diterima dengan baik.
Kredit: Instagram
