Bakal masuk universiti, Bonda Rozita belikan anak kereta Mercedes

Cars
25 Jun 2024 • 10:06 AM MYT
Oh My Media
Oh My Media

A digital platform emphasizing quality content and inspirational stories.

image is not available

Bonda Rozita belikan anak kereta Mercedes sempena bakal memasuki universiti tidak lama lagi.

Kongsi gambar bersama owner showroom

Perkara tersebut dikongsikan oleh Bonda Rozita atau nama sebenarnya, Rozita Ibrahim menerusi Instagram apabila memuat naik momen sewaktu berada di showroom kereta-kereta mewah keluarga usahawan, Irene Deanna.

image is not available

Bonda Rozita belikan anak kereta mewah, pilih Mercedes

Menerusi hantaran tersebut, Bonda Rozita memaklumkan anaknya yang bernama Ain akan memasuki universiti pada Ogos nanti dan akan bekerja sambil belajar.

image is not available

Bonda Rozita belikan anak kereta, bagi motivasi untuk terus berkembang

Dalam pada itu, ibu kepada usahawan sensasi, Datuk Seri Aliff Syukri berkenaan juga turut memberikan pesanan kepada anak gadisnya supaya tetap berusaha mencari duit sendiri sehingga mampu memakai kereta mewah yang lain di masa hadapan.

Dia juga meminta agar Ain merasai sendiri memasuki kereta jenis Lamborghini sebagai motivasi di masa hadapan.

image is not available

Seronoknya jadi orang kaya

Menjengah ke ruangan komen, pelbagai maklum balas diterima oleh Bonda Rozita yang mengakui bangga melihat kejayaan usahawan dalam perniagaan sehingga mampu membeli kereta mewah tanpa perlu berfikir panjang.

Walaupun masih ada komen-komen negatif melihat daripada hantaran yang dibuat oleh Bonda Rozita, namun ia langsung tidak dihiraukan usahawan terbabit kerana tahu tujuan membeli kereta-kereta mewah berkenaan.

image is not available

 

image is not available

Tumpang bangga dengan bonda

image is not available

Sumber: Instagram bondarozitaibrahim

View Original Article