Bakal Menantu Fandi Ahmad Menang Naib Juara Miss Universe 2023

25 Nov 2023 • 12:57 PM MYT
Borak Daily
Borak Daily

Curious & progressive. Bringing you the latest lifestyle & entertainment news

Teman wanita kepada pemain bolasepak Singapura, Irfan Fandi dikhabarkan telah dinobatkan sebagai naib juara Miss Universe 2023.

image is not available

Antonia Porsild Miss Universe Thailand 2023

Anntonia Porsild yang berdarah Thailand-Denmark itu telah memenangi tempat kedua dalam pertandingan tersebut di El Salvador hujung minggu lalu. Tempat pertama disandang Ratu Cantik Nicaragua Sheynnis Palacios manakala model Australia, Moraya Wilson ditempat ketiga.

Bakal menantu Fandi Ahmad Miss Universe

Umum sedia tahu bahawa Irfan Fandi merupakan anak kepada lagenda bolasepak negara terbabit, Fandi Ahamad yang kini mengendali pasukan Liga Super di Malaysia iaitu Sri Pahang.

image is not available

Anntonia ucap terima kasih kepada yang menyokong

Difahamkan, Anntonia sememangnya seorang model dan merupakan Miss Universe Thailand 2023.

Dalam posting yang diunggah di media sosialnya, ratu cantik berkenaan mengatakan yang dirinya sangat berterima kasih kepada semua kerana tidak henti-henti memberikan sokongan sehingga berada di tahap sekarang.

“Saya memberikan segala-galanya di atas pentas malam ini untuk Thailand, untuk semua orang yang percaya kepada saya dan menjadi sebahagian daripada perjalanan hidup saya.

“Saya minta maaf kerana tidak dapat membawa pulang mahkota itu dan saya amat berterima kasih atas semua kasih sayang dan sokongan yang saya terima sepanjang perjalanan ini. Tanpa sokongan anda, saya tidak akan berdiri di sini hari ini,” tulisnya.

Buah hati bangga pencapaian kekasih

Irfan Fandi juga dikhabarkan tidak ketinggalan mengucapkan tahniah kepada teman wanitanya dan mengakui bangga dengan pencapaian kekasih hati apabila berjaya sehingga ke tahap yang cukup memuaskan.

“Tiada kata-kata boleh menggambarkan betapa bangganya saya terhadap awak! Awak amat menakjubkan. Ratu hatiku! Saya cinta awak @porxild,” tulisnya.

image is not available

Sumber: Instagram missuniverse, porxild

View Original Article