Penyanyi dan pelakon Bella Astillah mengakui belum membuat sebarang persiapan perkahwinan kerana ketika ini mahu memberi tumpuan sepenuhnya terhadap keputusan rayuan akhir melibatkan tunangnya, Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman.
Menurut Bella, segala perancangan berkaitan majlis perkahwinan hanya akan difikirkan selepas keputusan kes berkenaan diketahui pada 30 Jun ini.
AdvertisementView this post on Instagram
“Persiapan kahwin? Tunggu selepas 30 hari bulan nanti baru saya fikirkan. Sekarang ini kami lebih fokus tentang keputusan rayuan pembebasan Syed Saddiq. Jadi sama-sama kita doakan.
“Kita fokus mana yang perlu diutamakan terlebih dahulu. Biarlah semua kes mahkamah berakhir dulu baru kita fikirkan tentang persiapan perkahwinan.
“Saya percaya ramai orang di luar sana yang mendoakan. Doa-doa kalian itu jauh lebih penting,” katanya ketika ditemui pada konsert Bintang Universe: The Dimension di UiTM Shah Alam, semalam.
Mahkamah sebelum ini menetapkan 30 Jun sebagai tarikh keputusan rayuan akhir pendakwaan terhadap pembebasan Syed Saddiq daripada tuduhan pecah amanah, salah guna harta dan pengubahan wang haram melibatkan dana Angkatan Bersatu Anak Muda (Armada) Bersatu.
View this post on Instagram
Dalam pada itu, Bella turut menafikan dakwaan yang tular kononnya mereka bakal mendirikan rumah tangga pada 26 Jun 2026.
“Tiada istilah nak kahwin ikut tarikh yang cantik. Seperti saya katakan, kita semua menunggu kes mahkamah YB Syed Saddiq selesai dulu,” jelasnya.
Terdahulu, pada 25 Jun 2025, Mahkamah Rayuan melepas dan membebaskan Syed Saddiq selepas membenarkan rayuannya untuk mengetepikan sabitan serta hukuman penjara tujuh tahun, dua sebatan dan denda RM10 juta yang diputuskan Mahkamah Tinggi pada 9 November 2023.

Bagaimanapun, sehari selepas keputusan itu, Jabatan Peguam Negara (AGC) memfailkan rayuan di Mahkamah Persekutuan.
Untuk rekod, Bella Astillah dan Syed Saddiq mengikat tali pertunangan pada 28 Mac 2026.
Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

"Tujuh Tahun Tak Kerja, Saya Tak Nak Susahkan Isteri-Isteri Saya" - Salih Yaacob
The post Bakal Nikah 26 Jun Nanti? Bella Astilla Beri Penjelasan – “Nak Tunggu Syed Saddiq…” first appeared on Beautifulnara -Terkini dan Sensasi.






