Bakal Pengantin Kritikal Kerana RETATRUTIDE, Mahu Kurus Sebelum Kahwin – “Usus Bocor, Bengkak Hati & Jantung”

Health & Fitness
15 Jul 2026 • 11:59 AM MYT
Beautifulnara
Beautifulnara

Cerita dan gosip artis terbaru, sensasi dan panas

Seorang bakal pengantin wanita berdepan detik cemas apabila terpaksa ditidurkan dan dirawat di hospital selepas dipercayai mengalami komplikasi serius akibat mengambil ubat penurunan berat badan jenis Retatrutide (RETA) yang dibeli secara dalam talian.

Perkongsian mengenai kejadian itu dibuat oleh seorang doktor, Dr. Hannani Murni Indah Kamarudin yang menceritakan pengalaman menerima pesakit berusia 24 tahun tersebut dalam keadaan meraung kesakitan akibat sakit perut yang melampau.

Advertisement

Menurut beliau, pesakit turut mengalami mata dan kulit kekuningan selain degupan jantung yang terlalu laju sehingga memerlukan rawatan kecemasan sebelum dirujuk ke hospital.

“Ya Allah sakit… ya Allah sakit,” katanya mengimbau semula keadaan pesakit ketika mendapatkan rawatan.

Reta

Hasil pemeriksaan awal mendapati hati wanita berkenaan mengalami pembengkakan sebelum dia dipindahkan ke hospital untuk rawatan lanjut.

Difahamkan, rakan pesakit kemudian memaklumkan bahawa wanita tersebut mengambil Retatrutide yang dibeli secara dalam talian sebagai usaha menurunkan berat badan menjelang hari perkahwinannya.

View this post on Instagram

Berat badannya juga dikatakan turun daripada 80 kilogram kepada 54 kilogram sebelum mengalami komplikasi tersebut.

Pemeriksaan lanjut di hospital mendapati wanita itu mengalami beberapa komplikasi serius termasuk hati dan jantung membengkak serta usus bocor, sehingga memerlukan rawatan rapi.

Dr. Hannani turut menjelaskan bahawa Retatrutide masih berada dalam fasa kajian klinikal dan belum diluluskan untuk kegunaan umum, namun dibimbangi sudah dijual secara meluas di internet.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

azlan th eproton type2026-07-14 16:34:08

Azlan The Proton Type Cadang Influencer Masuk Sekolah Bantu Pelajar Luah Emosi, Nama Khairul Aming Turut Disebut – “Mereka Bukan Mahu Nasihat, Tetapi..."

The post Bakal Pengantin Kritikal Kerana RETATRUTIDE, Mahu Kurus Sebelum Kahwin – “Usus Bocor, Bengkak Hati & Jantung” first appeared on Beautifulnara -Terkini dan Sensasi.

View Original Article
Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved