Bakal timang anak sulung, Sofyank titip doa untuk isteri

Entertainment
11 Dec 2023 • 4:11 PM MYT
SinarPlus
SinarPlus

SinarPlus is a portal based on News, Current Affairs and Lifestyle content

LEBIH setahun mendirikan rumah tangga, pereka kandungan digital tanah air, Mohamad Sofian Abdullah atau lebih dikenali sebagai Sofyank dijangkakan bakal menimang cahaya mata pertama hari ini.

Sehubungan itu, Sofyank menitip doa orang ramai buat isterinya bagi dipermudahkan proses kelahiran tersebut.

“Assalamualaikum semua. Insya-ALLAH hari ini isteri saya bakal melahirkan anak sulung kami.

Saya nak minta sedikit doa daripada semua yang mengenali saya dan isteri Nabilah Ramli supaya urusan bersalin dipermudahkan ALLAH, dihilangkan rasa sakit yang luar biasa dan diberikan kekuatan untuk melahirkan anak kami.

Semoga ALLAH melindungi isteri saya dan juga anak kami,” katanya menerusi hantaran di Instagram pada Isnin.

 

Pasangan berkenaan melangsungkan perkahwinan pada 11 Jun 2022 selepas perkenalan selama tujuh tahun.

Sofyank mula dikenali melalui video kreatif yang dihasilkan hingga meraih perhatian personaliti Amerika, Zach King dan beberapa aktor Hollywood seperti Ryan Reynolds dan Will Smith.

Tahniah diucapkan kepada Sofyank dan isteri, semoga segala urusan dipermudahkan.

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Twitter, Instagram, YouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah yang menginspirasikan.