Bakal tunaikan umrah, Shuib mohon maaf jika ada khilaf -“Saya hanya manusia biasa..”

LocalEntertainment
28 Oct 2024 • 9:49 AM MYT
Oh My Media
Oh My Media

A digital platform emphasizing quality content and inspirational stories.

Usahawan dan pelawak sensasi, Shuib Sepahtu mendedahkan sudah berangkat ke tanah suci untuk tunaikan umrah bersama isteri dan anak-anaknya.

Menerusi hantaran yang dimuat naik oleh Shuib atau nama sebenarnya Shahmira Muhammad di Insta-storynya, dia memohon maaf kepada semua sekiranya dia melakukan kekhilafan sepanjang mengenalinya selama ini.

Jelas Shuib, dia hanyalah manusia biasa yang tidak terlepas daripada dosa dan meminta kepada orang ramai mendoakan agar urusannya dalam mengerjakan umrah dipermudahkan.

Tunaikan umrah

image is not available

“Salam semua, saya mohon maaf kepada semua jika ada kekhilafan sepanjang perkenalan kita. Saya hanya manusia biasa yang tak terlepas dari dosa.

“Doakan perjalanan umrah kami sekeluarga dipermudahkan dan dikurniakan umrah yang mabrur. Semoga kalian dipermudahkan urusan dunia dan akhirat,” ujarnya.

Terdahulu, pengendali audio siar, Dol’s Podcast iaitu Shuib bersama Fizie dan Mamat menjadi bualan hangat ramai apabila mereka menjemput Abah Hayat atau sebenarnya Khairul Anuar Zakaria sebagai tetamu jemputan.

Tindakan Shuib itu mengundang kecaman apabila ramai berpendapat dia tidak sepatutnya menjemput ‘pembunuh’ sebagai tetamunya bagi menghormati sensitiviti serta perasaan keluarga mangsa yang terlibat.

Tunaikan umrah

image is not available

Sekadar info, pernah berkahwin dengan Allahyarham Siti Sarah. Namun, penyanyi itu meninggal dunia pada 9 Ogos 2021 akibat jangkitan Covid-19.

Hasil perkahwinan itu, mereka dikurniakan empat orang anak iaitu Uwais Alqarni, 12, Dzahira Talita Zahra, 10, Ariq Matin, 7, dan Ayash Affan, 3 tahun.

Shuib kemudiannya mendirikan rumah tangga dengan Watie pada 23 Jun 2023.

image is not available

Sumber: Instagram @Shuib Sepahtu