Bakar Al-Quran: Hizbut Tahrir Serah Memorandum Kepada Kedutaan Sweden

27 Jan 2023 • 9:56 AM MYT
Getaran
Getaran

Menampilkan laporan semasa & terkini yang mencakupi pelbagai aspek kehidupan

image is not available
Kira-kira 100 anggota Hizbut Tahrir Malaysia berkumpul di kedutaan Sweden bagi menyerahkan memorandum membantah tindakan membakar al-Quran di Eropah. - Gambar oleh Azim Rahman

KUALA LUMPUR - Hampir 100 penunjuk perasaan dari kumpulan Hizbut Tahrir Malaysia telah menyerahkan memorandum kepada kedutaan Sweden di sini bagi membantah tindakan membakar al-Quran di Eropah.

Di bawah kawalan kira-kira 50 anggota polis, kumpulan itu, yang turut disertai wanita dan kanak-kanak, berkumpul di luar kedutaan berkenaan pada 8.20 pagi.

image is not available
Kumpulan Hizbut Tahrir Malaysia telah berkumpul seawal jam 8.20 pagi.

Sepanduk dan bendera yang mengecam penghinaan ke atas kitab suci umat Islam itu dipegang oleh kebanyakan penunjuk perasaan, dengan sebahagiannya memaklumkan kepada media bahawa mereka datang dari negeri lain.

Pada pukul 8.50 pagi, anggota kepimpinan pusat Hizbut Tahrir, Mu'adz Abu Thalhah dan dua wakil pertubuhan itu memasuki kedutaan untuk menyerahkan memorandum kepada pegawai kedutaan.

Minggu lepas, ahli politik haluan kanan Sweden, Rasmus Paludan telah mencetuskan konroversi selepas membakar Al-Quran di Stockholm, Sweden, hingga mencetuskan bantahan di seluruh dunia.

image is not available
Mu'adz Abu Thalhah

Ketika muncul 10 minit kemudian, Mu’adz memberitahu bahawa memorandum itu telah berjaya diserahkan.

“Kita menggesa kerajaan Sweden mengarahkan Paludan untuk memohon maaf kepada umat Islam kerana penghinaannya hingga mencetuskan kemarahan umat Islam di seluruh dunia.

“Selagi tiada permohonan maaf (dari Paludan), kita akan terus mengadakan demonstrasi,” tegas Mu’adz dalam ucapannya.

image is not available
Kumpulan ini juga akan turut menghantar memorandum di Kedutaan Belanda, bagi tujuan sama.

 Beliau juga menyarankan agar kerajaan Malaysia mengerahkan angkatan tentera ke Sweden untuk menghantar mesej tegas kepada mereka yang melakukan kekufuran terhadap Islam.

"Satu-satunya tindak balas yang layak (kepada mereka yang menghina Islam) adalah mengajar mereka pelajaran melalui jihad".

Dengan menyasarkan kepada pemimpin yang "puas hati", beliau menggesa kerajaan mengambil tindakan lebih tegas terhadap penghasut kebencian terhadap Islam.

Kumpulan itu dijangka bergerak ke kedutaan Belanda di sini pada jam 2 petang ini bagi menyampaikan satu lagi memorandum berhubung kejadian sama.

Ia merujuk kepada  Ketua Kumpulan Pelampau Pegikda Belanda, Edwin Wagensveld, yang mengoyakkan halaman Al-Quran di Den Haag. - The Vibes, 27 Januari 2023