Bakar Koleksi Kesayangan K-pop Anak, Netizen Tak Setuju Dengan Tindakan Si Bapa

23 Sep 2022 • 8:53 PM MYT
I Love Borneo
I Love Borneo

Laman infotainment, gaya hidup dan pelancongan di Borneo

image is not available

Semua koleksi K-pop termasuk jurnal buatan sendiri remaja tersebut hancur dibakar.

Bakar Koleksi Kesayangan K-pop Anak, Netizen Tak Setuju Dengan Tindakan Bapa Ini. Tular di Tiktok, sebuah akaun ini berkongsi satu video di mana koleksi-koleksi barangan K-pop kesayangan anak remaja perempuannya dibakar.

Di dalam video tersebut boleh dilihat seorang gadis remaja yang memakai baju sekolah menengah menangis sedih apabila orang tuanya membakar koleksi barangan K-pop yang dikumpulnya itu.

image is not available
Bakar Koleksi Kesayangan K-pop Anak, Netizen Tak Setuju Dengan Tindakan Si Bapa. Gambar tangkap layar dari akaun TikTok @cikatienn

Sempat mencari serpihan koleksinya yang sudah hangus dibakar

Di dalam video itu juga, gadis tersebut sempat mencari serpihan koleksi barangan K-popnya yang sudah hangus terbakar.

Dia rasa sedih sangat sebab tak tanya dia dulu.

Dia beli mahal katanya.

Ada juga yang kawan-kawan bagikan.

Tahu-tahu dah habis dibakar.

Buku jurnal yang dibuat sendiri pun habis dibakar jadi abu.”

menurut video.

Ditonton sebanyak 1.2 juta kali di TikTok (setakat artikel ini ditulis) video tersebut telah tular di platform media sosial di mana ramai netizen yang tidak bersetuju dengan tindakan membakar koleksi barangan K-pop remaja tersebut.

Baca komen netizen di sini:

image is not available
Gambar tangkap layar dari akaun TikTok @cikatienn

image is not available
Gambar tangkap layar dari akaun TikTok @cikatienn

image is not available
Gambar tangkap layar dari akaun TikTok @cikatienn

Ramai netizen bengang dan mengatakan tindakan itulah yang akan membuat anak memberontak pada satu hari nanti. Ada yang berpendapat bahawa minat remaja tersebut dengan K-pop hanyalah satu fasa sahaja, jadi tiada guna untuk menyekat minat anak-anak.

@cikatienn

Mama tak galakkan..sokong pun tidak.Tapi bukan ni caranya.#fyp #kpop #CapCut #inistylekita

♬ Buah Hati – Armada

Jadi apa komen anda di dalam hal ini? Patutkah ibu bapa berbuat sedemikian atau cari cara lain untuk menyelesaikan masalah tanpa mengguris hati mana-mana pihakimage is not available

Lagi cerita menarik buat anda di sini: