Bakar Quran: 500 Orang Sertai Bantahan

Politics
27 Jan 2023 • 9:27 PM MYT
Getaran
Getaran

Menampilkan laporan semasa & terkini yang mencakupi pelbagai aspek kehidupan

image is not available
Perhimpunan yang disertai kira-kira 500 orang itu berarak dari Masjid As-Syakirin KLCC selepas selesai menunaikan solat Jumaat. - Gambar oleh Azim Rahman

Hari ini, lebih 30 gabungan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) telah bersatu dan hadir ke Kedutaan Sweden di Kuala Lumpur, bagi menyerahkan nota bantahan kepada kerajaan Sweden kerana membenarkan seorang ahli politik  pelampau kanan Sweden-Denmark, Rasmus Paludan membakar al-Quran di hadapan Kedutaan Turkiye di Stockholm baru-baru ini.

Perbuatan biadap Paludan itu dicemuh oleh umat Islam di seluruh dunia, dan Malaysia tidak terkecuali.

Menerusi nota bantahan ini, kerajaan Sweden diharapkan supaya mengambil tindakan yang sepatutnya.

Perhimpunan yang disertai kira-kira 500 orang itu berarak dari Masjid As-Syakirin KLCC selepas selesai menunaikan solat Jumaat, sambil melaungkan “Jahanan Sweden”, “Hidup Islam”, dan “Bangkit Melayu”. 

Jurufoto Getaran, Azim Rahman, Abdul Razak Latif dan Alif Omar membuat liputan demonstrasi aman ini.

image is not available
Malaysia mengutuk sekeras-kerasnya tindakan Rasmus Paludan membakar naskhah al-Quran di Sweden.

image is not available
Kemeja-t turut dijual pada demonstrasi hari ini.

image is not available
Kira-kira 300 orang berarak sejauh kira-kira satu kilometer (km) dari Masjid As-Syakirin KLCC ke kedutaan Sweden di sini, selepas solat Jumaat hari ini.

image is not available
Perbuatan Paludan membakar kitab suci al-Quran sangat biadap dan wajar menerima cemuhan serta kecaman.

image is not available
Kanak-kanak ini turut terlibat dalam demonstrasi hari ini.

image is not available
Antara mereka yang turut serta dalam demonstrasi membantah dan memboikot Sweden.

image is not available
Lebih 30 gabungan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) berarak ke Kedutaan Sweden bagi menyerahkan nota bantahan terhadap tindakan kerajaan Sweden membenarkan ahli politik pelampau Rasmus Paludan membakar al-Quran di Stockholm, Sabtu lepas.

image is not available
Ketua Polis Daerah Dang Wangi, ACP Noor Dellhan Yahaya berkata keadaan terkawal dan tiada sebarang kekecohan berlaku ketika perhimpunan yang diadakan di hadapan Kedutaan Sweden.

image is not available
'Hentikan Provokasi Murahan' antara sepanduk yang dibawa oleh mereka yang menyertai bantahan ini.

image is not available
Polis berkata kira-kira 80 peserta menyertai perhimpunan di hadapan Kedutaan Belanda, dan sekitar 400 peserta menyertai perhimpunan di hadapan Kedutaan Sweden.

image is not available
Menurut NGO terbabit, semua pihak termasuk umat Islam di seluruh dunia perlu mewujudkan tekanan terhadap Kerajaan Sweden agar mengambil tindakan terhadap ahli politik terbabit.