Bakar sampah punca kebakaran semak, wanita ditahan

LocalEnvironment
25 Apr 2026 • 9:16 AM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

image is not available
Seorang wanita ditahan selepas pembakaran sampah menyebabkan kebakaran merebak hingga memusnahkan kenderaan terbengkalai di Bachok.

BACHOK - Tindakan seorang wanita membakar sampah membawa padah apabila dia ditahan bagi membantu siasatan selepas api merebak ke kawasan semak dan dipercayai menyebabkan sebuah kenderaan terbengkalai hangus dalam kejadian di Jalan Pantai Perkasa di sini pada Jumaat.

Ketua Polis Daerah Bachok, Superintenden Mohamad Ismail Jamaluddin berkata, siasatan itu dijalankan mengikut Seksyen 285 Kanun Keseksaan kerana melakukan perbuatan cuai dengan api atau bahan mudah terbakar sehingga membahayakan harta benda.

"Sebelum itu, kami menerima maklumat berhubung kejadian tersebut kira-kira jam 4.30 petang," katanya pada Sabtu.

Menurut beliau, siasatan awal mendapati pengadu dimaklumkan oleh saksi bahawa kawasan semak serta rangka kenderaan di hadapan sebuah rumah terbengkalai sedang terbakar sebelum bergegas ke lokasi bersama beberapa penduduk.

"Setibanya di tempat kejadian, api didapati sedang marak dan merebak ke arah kawasan berhampiran rumah pengadu.

"Kebakaran bagaimanapun berjaya dipadamkan oleh orang awam," katanya dalam satu kenyataan pada Sabtu.

Beliau memberitahu, pemeriksaan lanjut mendapati kebakaran melibatkan kawasan lapang berdekatan rumah terbengkalai hingga ke hadapan rumah pengadu, termasuk tanaman serta beberapa barangan seperti pokok kelapa, rangka Proton Wira, kayu binaan dan pagar besi.

Menurutnya, siasatan turut menemukan kesan pembakaran sampah di atas tanah milik wanita berkenaan yang terletak bersebelahan dengan kawasan kejadian.

Ujarnya, berdasarkan keterangan saksi, suspek dilihat melakukan aktiviti pembakaran sampah kira-kira jam 11.30 pagi pada hari yang sama.

Sehubungan itu, beliau menasihatkan orang ramai supaya tidak melakukan pembakaran terbuka tanpa kawalan kerana boleh mengundang risiko kebakaran selain berdepan tindakan undang-undang.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved