Bakar Suar Nampak Hebat Dari Sudut Gambar - CEO MFL

Football
19 Apr 2023 • 7:30 AM MYT
Getaran
Getaran

Menampilkan laporan semasa & terkini yang mencakupi pelbagai aspek kehidupan

image is not available
Stuart Ramalingam berkata tindakan pembakaran suar di stadium tetap melibatkan aspek tatatertib di bawah bidang kuasa Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) - Gambar Fail Bernama

KUALA LUMPUR - Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Liga Bolasepak Malaysia (MFL) Stuart Ramalingam melihat tindakan pembakaran suar di stadium mungkin menghasilkan suasana dan gambaran yang hebat.

Bagaimanapun, beliau berkata perkara itu tetap melibatkan aspek tatatertib di bawah bidang kuasa Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM).

“Saya rasa dari gambar ia kelihatan hebat dan memukau, tetapi ini bukan soal gambar ini adalah soal tatatertib, biar pihak berkuasa yang bertindak,” katanya ketika ditemui pada Majlis Berbuka Puasa Jalinan Kasih bersama Aeon Big x MFL di Aeon Big Wangsa Maju di sini hari ini.

Beliau berkata demikian ketika ditanya mengenai imej saingan Liga Super selepas terdapat beberapa insiden membakar suar di Stadium Sultan Ibrahim, Iskandar Puteri di Johor musim ini.

Sebelum ini, sebanyak tiga kali sekumpulan penyokong Johor Darul Ta’zim (JDT) membakar suar selepas perlawanan sekali gus melanggar peraturan Artikel 70.1 Kod Tataterbit FAM yang melarang penyokong membawa masuk barang larangan ke dalam stadium.

Tindakan membakar suar itu dilakukan ketika Harimau Selatan menang dua perlawanan Liga Super masing-masing ke atas Sabah FC pada 31 Mac dan Kedah Darul Aman (KDA) FC (9 April) dan aksi Piala FA berdepan PDRM FC 14 April lepas.

Mengulas lanjut, Stuart berkata undang-undang ataupun larangan melibatkan suar adalah untuk memastikan keselamatan di stadium, selain mengulangi pendiriannya untuk tidak menyentuh dari aspek hukuman memandangkan ia di bawah bidang kuasa FAM. - Bernama

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved