Bakat Diwarisi, Ini Antara 5 Selebriti Korea Merupakan Anak Kepada Artis Popular

Music
23 Oct 2023 • 4:39 PM MYT
KimchiDaily
KimchiDaily

Kpop malay site consists of entertainment news, hot topics related to Korea

image is not available

Orang cakap bakat sebenarnya tidak boleh diwarisi kerana lain orang lain minatnya.

Namun, ada beberapa selebriti Korea yang suka untuk mengikuti jejak langkah ibu bapa mereka untuk menceburi dunia seni hiburan.

Kali ini KimchiDaily nak kongsikan 5 selebriti anak-beranak Korea yang popular.

Lee Yoobi & Lee Dain

Adik beradik Lee Yoo-bi dan Lee Da-in ialah anak perempuan kepada pelakon veteran Kyun Mi-ri. Apabila Lee Yoo-bi mula berlakon, identiti ibunya masih dirahsiakan dan rahsia ini agak lama disimpan. Ianya terbongkar apabila khabar angin mula disebarkan. Selepas itu, barulah Lee Da-in dan Lee Yoo-bi mengaku bahawa ibunya juga merupakan seorang selebrti.

Gree

Sebagai anak kepada pelawak dan pengacara televisyen popular, Gree terpaksa bangkit dan membuktikan dirinya sebagai seorang artis yang boleh berjaya seperti bapanya. Malah, Kim Gu-ra sangat menyokong kerjaya muzik anaknya.

Boram T-ara

Bo-ram berjaya mengikut jejak langkah kedua ibu bapanya juga merupakan seorang penghibur. Bapanya Jeon Young-rok adalah penyanyi popular dari tahun 1980-an manakala ibunya Lee Mi-young adalah seorang pelakon terkenal. Idola itu juga telah mengambil bahagian dalam pelbagai acara bersama ibu bapanya dan terlibat dengan iklan yang sangat comel bersama bapanya.

Hyunsik BTOB

Lelaki kacak dan berbakat dari kumpulan BTOB ini merupakan anak kepada penyanyi veteran terkenal iaitu Im Ji-hoon. Siapa sangka, bakat luar biasa yang ada pada bapa berjaya diturunkan kepada anak.

Park Sieun Stayc

Mula berjinak-jinak sebagai pelakon kanak-kanak, Park Si-eun mula melibatkan diri dalam dunia nyanyian kerana minat. Setahun selepas berada di bawah agensi High Up Entertaining, pada tahun 2019 Sieun membuat debut pertamanya dengan kumpulan wanita Stayc. Park Si-eun juga merupakan anak kepada selebriti yang sangat berbakat iaitu Park Nam-jung. Bapanya bukan sahaja reti menyanyi malah sangat mempunyai bakat dalam bidang lakonan.

Hebat ye semua!

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.