Bakat Sepilok Jazz 2025 lebih sekadar pencarian juara

LocalMusic
13 Aug 2025 • 2:04 PM MYT
Daily Express
Daily Express

Daily Express Online (Malaysia) is Sabah's top-ranked & most viewed English news site. It is also Sabah's leading & most circulated daily English newspaper.

image is not available

By: Winnie Kasmir

SANDAKAN: Seramai 12 kumpulan serta pemuzik solo terkemuka mewakili Malaysia dan Singapura menyerikan pertandingan akhir Bakat Sepilok Jazz 2025 baru-baru ini.

Berlangsung di Trinity Arts and Music Academy pertandingan tahun ini menarik penyertaan 112 peserta dari Kota Kinabalu, Sandakan dan Singapura untuk bersaing dalam dua kategori itu Kategori Pelajar dan Kategori Terbuka.

Dianjurkan Friends of Sea Turtles Education and Research (Foster) pusingan awal yang diadakan pada Ogos lalu.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []};googletag.cmd.push(function() {googletag.defineSlot('/22826383987/dailyexpress_inline', [1, 1], 'gpt-passback').addService(googletag.pubads());googletag.enableServices();googletag.display('gpt-passback');});Diadakan bagi tujuan menggabungkan keindahan seni muzik jazz dengan mesej berkesan mengenai pemuliharaan penyu laut enam finalis bagi Kategori Pelajar adalah The 4 Jazzer, The Hansens, Lyam Chung Lik En, No Sonsog Band, Jangers dan The Clarks.

Dalam pada pada itu finalis Kategori Terbuka terdiri daripada Synergy, Chrishyelle & Accompanies, Trinity Jazz Band, The Cubr, Rhythm Strollers dan Jazzettes dari Singapura.

Barisan juri pula menampilkan ikon jazz antarabangsa terkenal Jeremy Monteiro sebagai ketua juri selain juri jemputan Pengarah Muzik Sepilok Jazz Cheong Kok Ann dan Dr Ian Stephen Baxter.

Semua persembahan dinilai berdasarkan kreativiti, kemahiran teknikal, penguasaan pentas dan interpretasi muzik.

Terdahulu satu Memorandum Persefahaman (MoU) telah ditandatangani antara maestro jazz Jeremy Monteiro dan Foster pada 3 Mei lalu sekali gus mengesahkan peranannya sebagai Penasihat Teknikal dan Akustik organisasi tersebut.

Kepakaran Monteiro telah memainkan peranan penting dalam membimbing standard artistik dan teknikal pertandingan ini.

“Jazz adalah bahasa yang menghubungkan selain menyatukan orang merentasi budaya.

”Belajar jazz memupuk kreativiti, penyelesaian masalah dan kemampuan menyesuaikan diri sama ada anda menjadi pemuzik, jurutera, guru atau malah pakar bedah kemahiran daripada improvisasi serta inovasi akan berguna sepanjang hayat.

“Buat pemuzik muda di Sabah terus bermain, meneroka dan biarkan muzik anda membawa semangat prihatin.

“Dalam jazz dan pemuliharaan setiap tindakan kecil yang dilakukan dengan penuh perhatian boleh membawa perubahan besar,” kata Jeremy.

Sementara itu Presiden Foster Alexander Yee menekankan bahawa Bakat Sepilok Jazz adalah lebih daripada sekadar pencarian juara muzik.

“Muzik dan seni adalah bahasa sejagat yang melangkaui sempadan. Melalui acara ini kami mahu menginspirasikan golongan muda untuk menjadi pendokong dan pelindung hidupan marin terutamanya penyu laut yang semakin terancam,” katanya.

Pengarah Muzik Sepilok Jazz Cheong Kok Ann turut menyatakan rasa bangga terhadap tujuan dan kualiti pertandingan ini.

“Bakat Sepilok Jazz membuktikan bahawa muzik dapat menyatukan komuniti dan menjadi alat komunikasi yang berkuasa. Saya benar-benar kagum dengan bakat yang ditonjolkan tahun ini dan lebih teruja kerana acara ini membawa mesej pemuliharaan yang sangat penting,” katanya.