Baker Dikecam Selepas Paksa Rider Bayar Ganti Rugi Gara-Gara Kek Rosak Semasa Penghantaran

15 Sep 2022 • 10:57 PM MYT
BuzzKini
BuzzKini

Laman Berita Social Malaysia

Hari ini (15 Sept) tular di aplikasi Twitter kisah seorang peniaga kek yang disifatkan biadap apabila memaksa seorang penghantar makanan untuk membayar ganti rugi sebiji kek yang rosak semasa penghantaran dilakukan.

Mula dimuat naik oleh pemilik kek itu sendiri di akaun Twitter miliknya, kisah tersebut menjadi ‘panas’ selepas netizen mendakwa dia tidak sepatutnya menghantar kek berkenaan menggunakan motosikal kerana ini telah menyalahi peraturan syarikat penghantaran itu sendiri.

Baker minta ganti rugi penuh termasuk caj delivery

Menerusi perkongsian tersebut, baker ini telah meminta rider tersebut iaitu seorang uncle untuk membayar RM113 sebagai ganti rugi penuh (full refund) harga kek dan servis penghantaran.

Namun dia menjadi berang selepas rider berkenaan hanya membayar RM110 yakni kurang RM3 dari yang sepatutnya.

image is not available

Malah dia menjadi ‘lebih panas’ apabila menyangkakan rider itu bersikap biadap apabila mengatakan keknya murah selain memintanya agar diam. Menerusi ciapan tersebut dia turut berkongsi beberapa tangkap layar perbualannya bersama rider berkenaan.

image is not available

image is not available

Baker tersalah tafsir maksud ‘murah’

Kenyataan ini bagaimanapun disangkal banyak pihak yang merasakan dia sebenarnya tersalah tafsir dengan mesej yang dihantar oleh uncle rider tersebut.

Uncle berkenaan menurut netizen hanyalah tersilap ayat dan tidak menggunakan tanda koma, hingga menyebabkan berlaku salah faham di antara mereka berdua.

Difahamkan, uncle rider tersebut adalah seorang pakcik berbangsa Cina. Murah yang dimaksudkannya di dalam perbualan tersebut bermaksud upahnya yang murah dan bukanlah mengenai kek seperti yang disangkakan baker berkenaan.

Lebih menimbulkan kemarahan orang ramai apabila baker tersebut menggunakan kenyataan berunsur perkauman yang disifatkan melampau oleh majoriti pengguna Twitter.

Dakwa bukan guna motosikal tapi kereta

Menurut seorang pengguna Twitter, baker tersebut ada memuat naik perkembangan terbaru yang menjelaskan dia menggunakan servis penghantaran kereta dan bukannya motosikal seperti yang didakwa netizen.

Banyak pihak bagaimanapun tetap tidak mempercayainya memandangkan rate tersebut dilihat begitu murah iaitu sebanyak RM15.

Malah ramai merasakan dia cuba menutup kesalahannya apabila melampirkan resit dari syarikat penghantaran berbeza demi membuktikan kata-katanya.

image is not available