Baki 16 pakej kerja Lebuhraya Pan Borneo dijangka dilaksana tahun ini

7 Apr 2024 • 2:49 PM MYT
Daily Express
Daily Express

Daily Express Online (Malaysia) is Sabah's top-ranked & most viewed English news site. It is also Sabah's leading & most circulated daily English newspaper.

image is not available

Kota Kinabalu: Kesemua 16 baki pakej kerja pembinaan Lebuhraya Pan Borneo (LPB) dijangka akan mula dilaksanakan pada tahun ini.

Timbalan Ketua Menteri Datuk Shahelmey Yahya berkata, pada masa ini, 19 pakej kerja sedang dalam proses pembinaan, termasuk empat pakej baharu yang telah dikeluarkan surat lantikan kontraktor.

Empat pakej kerja baharu itu meliputi tiga pakej di jajaran Tuaran-Kudat iaitu pakej 12, 13 dan 14 dan satu pakej di jajaran Check point Semporna-Kunak iaitu pakej 15. Dengan tambahan empat pakej itu bermakna 19 pakej kerja bagi fasa satu LPB sedang dalam pelaksanaan.