Balai Bomba dan Penyelamat Nabawan mula beroperasi

6 Jul 2024 • 12:53 PM MYT
Daily Express
Daily Express

Daily Express Online (Malaysia) is Sabah's top-ranked & most viewed English news site. It is also Sabah's leading & most circulated daily English newspaper.

image is not available

By: Marutin Ansiung

NABAWAN: Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Daerah Nabawan yang sudah sekian lama dinanti-nantikan oleh penduduk di daerah ini, beroperasi secara rasminya pada 1 Julai lepas.

Ketua Zon Jabatan Bomba dan Penyelamat Keningau, Yuszaimi Hairrul Azwan Juatan berkata, dengan adanya balai bomba ini, ia mempercepatkan lagi operasi penyelamatan berbanding sebelum ini.

Sebelum ini, katanya, Nabawan bergantung kepada kekuatan Balai Bomba Sook dan Keningau.

Yuszaimi memberitahu, seramai 28 anggota termasuk Ketua Balai ditempatkan di Balai Bomba tersebut.

SPONSORED CONTENT Shell awards Sabah LiveWIRE winners Kota Kinabalu: Shell has awarded five enterprises as the state winners of Shell LiveWIRE Malaysia 2024, following the Sabah state finals held at Plaza Shell in Kota Kinabalu. . Read more “Dengan beroperasinya Balai Bomba dan Penyelamat ini, ia mempercepatkan ‘first responder’ kebakaran ataupun penyelamatan seperti kemalangan jalan raya,” katanya.

Jelasnya, bangunan Balai Bomba dan Penyelamat Nabawan dibina di tapak berkeluasan 1.4 hektar dengan peruntukan hampir RM5 juta yang dibiayai oleh Kerajaan Pusat.

Beliau memberitahu, balai tersebut diketuai oleh PBT II Rudy Mekii.

“Orang ramai, khususnya penduduk di daerah ini, yang memerlukan perkhidmatan boleh menghubungi talian 087-369701 / 087-369703 atau melalui e-mel [email protected],” jelasnya.

* Follow us on Instagram and join our Telegram and/or WhatsApp channel(s) for the latest news you don't want to miss.

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.