Balai cerap UAE jangka Aidiladha disambut pada 9 Julai ini

23 Jun 2022 • 5:51 PM MYT
UmmahToday
UmmahToday

From Ummah To Ummah News Portal

image is not available

DUBAI : Ahli-ahli astronomi di Abu Dhabi, Emiriah Arab Bersatu (UAE) menjangkakan bahawa Hari Raya Aidiladha lebih cenderung pada hari Sabtu bersamaan 9 Julai 2022.

Laman berita Gulf News melaporkan Balai Cerap Angkasa Abu Dhabi, Balai Cerap Al Sadeem meramalkan anak bulan Islam muncul pada 29 Jun (Rabu) bagi menandakan hari terakhir Zulkaedah.

Justeru itu, 30 Jun ini iaitu Khamis akan menjadi hari pertama bulan Zulhijjah.

Maka, hari Arafah yang jatuh pada 9 Zulhijjah akan bersamaan dengan 8 Julai ini iaitu Jumaat.

Sehubungan dengan itu, hari raya Aidiladha yang disambut pada 10 Zulhijjah setiap tahun berkemungkinan besar akan disambut pada hari sabtu, 9 Julai.

Umat ​​Islam seluruh dunia melakukan ibadah haji pada bulan Zulhijjah dan menyambut Hari Raya Aidiladha pada hari ke-10.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved