Balai Polis Lama Sungai Petani usia 100 tahun diberi nafas baharu

16 Jul 2026 • 5:23 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

Image from: Balai Polis Lama Sungai Petani usia 100 tahun diberi nafas baharu
Kerja-kerja pemuliharaan Balai Polis Lama Sungai Petani Kedah dilakukan pada Khamis.

SUNGAI PETANI - Balai Polis Lama Sungai Petani berusia lebih 100 tahun diberi nafas baharu melalui kerja-kerja pemuliharaan sebagai tarikan sejarah dan warisan negara sekali gus kekal untuk tatapan generasi akan datang.

Yang Dipertua Majlis Perbandaran Sungai Petani Kedah (MPSPK), Tunku Iskandar Shah Tunku Muzaffar Shah bagaimanapun berkata, kerja-kerja pemuliharaan yang dilaksanakan melalui tanggungjawab sosial korporat (CSR) itu dilaksanakan secara teliti mengambil kira pandangan dan nasihat Jabatan Warisan Negara.

"Kita ucapkan terima kasih kepada Jabatan Warisan Negara kerana telah memberikan nasihat kepada kita tentang macam mana nak memulihara bangunan lama ini.

"Insya-ALLAH, kita di MPSPK dan PDRM mengikuti apa yang dinasihatkan... cat mengikut spesifikasi ditetapkan... kita nak menjadikan kawasan perbandaran ini ceria, tak kelihatan usang, hasrat saya juga, kalau boleh akan jadikan bangunan-bangunan lama, kedai-kedai lama ini, kita boleh cat dengan warna tertentu," katanya.

Beliau ditemui media semasa Program Citra Warisa: MPSPK Bersama PDRM (Pemuliharaan Balai Polis Lama Sungai Petani Kedah) di sini pada Khamis.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kuala Muda, Asisten Komisioner Hanyan Ramlan berkata, kerja-kerja baik pulih balai polis yang dibina sekitar 1916 itu berupaya menjadi tarikan umum dan secara tidak lansung merapatkan hubungan polis dengan masyarakat.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved