Balak haram: Pemilik, pengurus syarikat didakwa

22 Jun 2023 • 4:59 PM MYT
Daily Express
Daily Express

Daily Express Online (Malaysia) is Sabah's top-ranked & most viewed English news site. It is also Sabah's leading & most circulated daily English newspaper.

image is not available

Kota Kinabalu: Seorang pemilik syarikat pembalakan dan pengurusnya didakwa di Mahkamah Sesyen di sini, Rabu, atas tiga pertuduhan menebang 707 batang balak secara haram di Hutan Simpan dan tanah Kerajaan Negeri di Sipitang, dan satu lagi pertuduhan memiliki 274 batang kayu balak yang tidak dibayar royalti.

Pengurus Tiong Chee Khong dan pemilik Yun Ket Chun, kedua-duanya berumur 49, yang hadir di hadapan Hakim Elsie Primus, mengaku tidak bersalah dan meminta dibicarakan terhadap semua pertuduhan yang dikenakan terhadap mereka.

Bagi pertuduhan pertama, Tiong dan Yun didakwa menebang 127 batang kayu tanpa kebenaran di bawah Enakmen Hutan 1968 di Hutan Simpan Ulu Sungai Padas di Sipitang antara 17 Julai 2019 dan 4 Feb 2020.

Bagi pertuduhan kedua, mereka didakwa menebang 76 batang kayu balak tanpa kebenaran di bawah Enakmen Hutan 1968 di Hutan Simpan Sipitang di Sipitang, juga antara 17 Julai 2019 dan 4 Feb 2020.

SPONSORED CONTENT Shell’s Access to Energy helps power lives of isolated communities in Sabah Kota Kinabalu: In 2017, Sabah Shell Petroleum Co Ltd (SSPC) launched Access to Energy (A2E), a Shell Social Investment programme aimed at providing affordable and continuous supply of electricity from renewable sources for communities who live without connection to the electricity grid. Read more Bagi pertuduhan ketiga, Tiong dan Yun didakwa menebang 504 batang balak secara haram di tanah Kerajaan Negeri berhampiran Kg Long Pasia, Sipitang juga antara 17 Julai 2019 dan 4 Feb 2020.

Bagi pertuduhan keempat, kedua-dua mereka didakwa mempunyai 274 batang kayu tanpa kebenaran atau hak undang-undang dengan isipadu 709.20 meter padu, yang belum dibayar royalti, pada 10.30 pagi 7 Feb 2020 dalam premis simpanan balak, di tepi jalan pembalakan dalam Permit Menduduki No JP(SOG)OP.132/2017 di Hutan Simpan Sipitang, Sipitang.

Pertuduhan pertama dan kedua didakwa mengikut Seksyen 20(2) Enakmen Hutan 1968 manakala pertuduhan ketiga mengikut Seksyen 23(2) Enakmen yang sama, yang masing-masing memperuntukkan hukuman denda sehingga RM500,000 dan penjara antara satu tahun dan 20 tahun, jika sabit kesalahan.

Pertuduhan ketiga adalah mengikut Seksyen 30(1)(g) Enakmen Hutan 1968 dan boleh dihukum di bawah Seksyen 30(2)(b) Enakmen sama yang memperuntukkan hukuman denda sehingga RM500,000 atau penjara sehingga hingga lima tahun atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.

Pegawai pendakwa Jabatan Perhutanan, Peter Jack Empah mencadangkan jaminan RM50,000 dengan dua penjamin kepada setiap tertuduh bagi semua pertuduhan.

Peter juga memohon kedua-dua tertuduh tidak mengganggu saksi pendakwaan dan pasport antarabangsa masing-masing diserahkan kepada mahkamah.

Peguam Aaron Mark Pius, yang mewakili tertuduh bersama peguam Chin Kok Seun, memohon jaminan lebih rendah atas sebab RM50,000 yang dicadangkan terlalu tinggi kerana, antara lain, kedua-dua tertuduh adalah pencari nafkah keluarga dan tidak pernah didapati bersalah atau didakwa dengan sebarang kesalahan sebelum ini.

Aaron menambah bahawa Tiong muflis dan bukan risiko melarikan diri.

Peguam itu juga memaklumkan kepada mahkamah bahawa kesemua kayu balak tersebut telah dirampas oleh Jabatan Perhutanan dan dilelong.

Elsie menetapkan 27 Julai ini untuk pengurusan kes praperbicaraan dan melepaskan setiap tertuduh dengan jaminan RM10,000 bagi setiap pertuduhan.

Mahkamah juga mengenakan syarat tambahan yang dimohon oleh pihak pendakwaan. Pendakwaan dijalankan oleh Peter dan Timbalan Pendakwa Raya Mas Izzaty Lokman.

* Follow us on Instagram and join our Telegram and/or WhatsApp channel(s) for the latest news you don't want to miss.

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.