Balenciaga Keluarkan Koleksi Skirt Tuala Dengan Harga RM4,357

Women's Fashion
17 Nov 2023 • 11:04 PM MYT
Borak Daily
Borak Daily

Curious & progressive. Bringing you the latest lifestyle & entertainment news

Peminat jenama fesyen terkenal, Balenciaga pastinya terkejut apabila brand antarabangsa berkenaan telah mengeluarkan skirt tuala bersempena dengan koleksi Musim Bunga 2024.

Menerusi laporan dari Times Now, gambar skirt tersebut telah menjadi topik bualan hangat apabila ramai pengguna media sosial menganggap skirt menyerupai tuala berkenaan terlihat biasa sahaja.

Harga tak masuk akal

Apa yang membuatkan ramai menganggap ia tidak masuk akal kerana harganya yang mencecah RM4,357 atau 965 dolar Amerika Syarikat (AS).

image is not available

Difahamkan, skirt tuala dengan fabrik kapas terry itu merupakan skirt uniseks yang dipakai pada bahagian pinggang.

Ia dilengkapi dengan dua butang dan tali pinggang boleh laras dengan strap di dalamnya.

Untuk penjagaannya pula, skirt tuala mewah ini memerlukan cucian kering untuk dibersihkan.

Ramai cuba beli skirt tuala Balenciaga

Walau bagaimanapun, menerusi ThePopTingz, ramai yang dilihat berseloroh mahu membuat mendapatkan skirt tuala berkenaan kerana dianggap menarik memandangkan ia terlihat rare.

Sebelum ini, jenama tersebut pernah mengeluarkan koleksi beg seperti ‘plastik sampah’ dan ‘beg kerepek kentang’.

image is not available