Balik awal uruskan keluarga? Selangor pertimbang waktu bekerja penjawat awam wanita sepanjang Ramadan

LocalPolitics
27 Feb 2025 • 7:59 PM MYT
Oh My Media
Oh My Media

A digital platform emphasizing quality content and inspirational stories.

Kerajaan Selangor pertimbang waktu bekerja penjawat wanita di bawah pentadbiran kerajaan negeri untuk pulang awal pada Ramadan ini.

Menteri Besar, Datuk Seri Amirudin Shari berkata, secara asasnya waktu bekerja yang ditetapkan pada ketika ini mencukupi untuk pekerja wanita untuk pulang bagi menguruskan keluarga dan sebagainya.

image is not available

Bagaimanapun, pihaknya akan berbincang dalam Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (MMKN) jika terdapat keperluan.

“Setakat ini masa bekerja yang telah kita tetapkan mencukupi, khususnya kepada pekerja wanita.
“Kita juga boleh pertimbang kaedah masa fleksibel iaitu, kalau pulang awal, pekerja berkenaan boleh datang awal ke pejabat,” kata beliau.

image is not available

Selangor pertimbang waktu bekerja

Beliau mengulas sama ada Selangor akan mengikut langkah kerajaan Negeri Sembilan yang membenarkan penjawat awam wanita di bawah pentadbiran kerajaan negeri itu pulang seawal 2 petang pada setiap Jumaat sepanjang Ramadan.

Amirudin berkata pelaksanaan waktu kerja fleksibel merupakan antara perkara dimintanya untuk dibincangkan dalam MMKN akan datang.

image is not available

Sebelum ini, Menteri Besar Negeri Sembilan, Datuk Seri Aminuddin Harun berkata, kebenaran pulang awal itu hanya membabitkan hampir 2,500 pekerja wanita, tidak termasuk yang berada di bawah Persekutuan.

Sumber: BH Online