Balik Dari Masjid, Geng Kanak-Kanak Teruja Jumpa KA Depan Rembayung – “Nampak Abang Buat Live”

LocalFood
15 Jan 2026 • 11:42 AM MYT
Borak Daily
Borak Daily

Curious & progressive. Bringing you the latest lifestyle & entertainment news

Sekumpulan kanak-kanak teruja apabila mendapat peluang berjumpa dengan usahawan terkenal, Khairul Aming di hadapan restoran Rembayung milik pempengaruh media sosial tersebut.

Menerusi akaun TikTok @butterrrrflys, sebuah video tangkapan skrin dimuat naik memaparkan sekumpulan kanak-kanak tersebut hadir ketika Khairul Aming sedang membuat siaran langsung di platform media sosial.

Ditanya dari mana, mereka memaklumkan baru pulang mengaji al-Quran dari masjid berdekatan sebelum ternampak siaran langsung dibuat pempengaruh berkenaan melalui telefon bimbit.

Sebaik tiba, segelintir mereka yang dilihat mengayuh basikal terus menghulurkan tangan masing-masing untuk bersalam dengan Khairul Aming.

Disangka mereka akan merakam foto bersama, tetapi sebaliknya memperlihatkan salah seorang kanak-kanak secara sukarela membantu sekumpulan pelanggan yang mahu mengambil bergambar dengan Khairul Aming.

image is not available

Meninjau ke ruangan komen, video berdurasi seminit 43 saat itu menerima ratusan komen netizen yang rata-rata terhibur dengan gelagat kanak-kanak berkenaan.

Ada yang mengusik meminta sekumpulan kanak-kanak itu jangan hadir ke Rembayung tanpa temu janji, ini kerana masih ramai pelanggan ‘berebut’ mendapatkan slot untuk menikmati juadah di Rembayung.

Malah, ada juga memuji generasi Alpha itu mempunyai adab dan budi bahasa apabila berbual dengan individu lebih berusia.

Akak ‘berjuang’ tak dapat slot lagi

image is not available

Mahal parking tu, basikal depan Rembayung

image is not available

Bagus beradab, salam hormat

image is not available

Berkeluasan 8,000 kaki persegi terletak di tengah ibu negara, Rembayung yang mula dibuka sejak 6 Januari lalu hanya menggunakan sistem tempahan untuk mengelak dari berlaku sebarang kesesakan di premis berkenaan.

Sumber: TikTok @butterrrrflys

The post Balik Dari Masjid, Geng Kanak-Kanak Teruja Jumpa KA Depan Rembayung – “Nampak Abang Buat Live” appeared first on Borak Daily.