‘Balik La Kau Ke Negara Asal’, Pelayan Dari Sabah Ini Diganggu Orang Rasis Hanya Kerana Bertatu

6 Jul 2022 • 5:36 PM MYT
I Love Borneo
I Love Borneo

Laman infotainment, gaya hidup dan pelancongan di Borneo

image is not available

‘Orang kampung betul, bodoh! tak pandai cakap Melayu ke?’

‘Balik La Kau Ke Negara Asal’, Pelayan Dari Sabah Ini Diganggu Orang Rasis Hanya Kerana Bertatu. Berdasarkan satu perkongsian di Twitter baru-baru ini, seorang lelaki telah berkongsi pengalaman rakannya yang diganggu oleh seorang individu di sosial media.

Rakan Sabahnya yang bekerja sebagai pelayan di sebuah restoran di Perak menerima pesanan dari Instagram berbunyi makian hanya kerana dia mempunyai tatu di tangannya.

Individu kurang ajar tersebut juga memaki cara percakapan pekerja tersebut mengatakan dia tidak boleh berbahasa Melayu dengan betul.

Berdasarkan pesanan yang diperoleh rakannya itu di Instagram, individu tersebut berkata, Hey? boleh tak kau berhenti bekerja di cafe? F**K u! Aku tak faham apa kau cakap! Berhenti kerjalah boi! Terutamanya tatu kau, menganggu komuniti di Ipoh”.

“Balik la kau ke negara asal awak, tak sesuailah u kerja sini, macam bo*d*h je.

“Dahlah Sabahan, takde otak, cakap pun tak betul.

“Lain kali jangan cari hal dengan kitaorang, kekadang orang Sabah ni b*d*h ke? Cakap Melayu pun tak pandai.

“Dahlah acah pandai matsalleh, b*d*h pulak tuh.

“Acah handsome lagi.

“Dahlah g*y.

“Alhamdulillah aku bukan lgbt.

“Bukan macam kau ni, dahlah buruk.

“Takde rupa, banyak lukisan dekat tangan. B*d*hh!

image is not available
‘Balik La Kau Ke Negara Asal’, Pelayan Dari Sabah Ini Diganggu Orang Rasis Hanya Kerana Bertatu

Ini bukan pertama kali perkara seperti ini berlaku kepada dirinya

Pelayan dari Sabah itu juga memberi penjelasan setelah ditanya rakannya tentang apa sebenarnya berlaku. Katanya, insiden ini telah tejadi dua kali, pertama adalah apabila sebuah keluarga ini singgah memasang niat untuk makan di restoran berkenaan.

Namun setelah melihat tatu di tangannya itu, mereka terus membatalkan niat untuk singgah makan dan mengatakan “Sorry, tak jadi makan sini, non halal”, walaupun jelas terpampang dihadapan restoran berkenaan logo Halal.

Insiden kedua pula adalah apabila beberapa kumpulan pelajar yang sudah matang singgah ke restoran tersebut dan mengejeknya “orang kampung betul, b*d*h! tak pandai cakap Melayu ke?” hanya kerana dia bercakap menggunakan dialek Sabah.

image is not available

Pesanan yang dihantar tersebut amat kurang ajar

Menjenguk ke ruangan komen daripada netizen pula, rata-rata berpendapat bahawa idividu yang menghantar mesej di sosial media itu adalah amat kurang ajar dan orang ramai juga berasa simpati terhadapnya kerana terpaksa melalui pelanggan berperangai sedemikian.

Pendek kata, marilah kita jadikan kisah ini sebagai pengajaran untuk sentiasa hormat-menghormati sesama satu sama lain tidak mengira bangsa, agama mahupun rupa.

Lagi di sini cerita menarik buat anda buat anda: