Baliklah Am, Umi tunggu..' Abang penyanyi Aufahanie hilang selepas keluar jogging, telefon bimbit, beg duit dijumpai di hujung jambatan Sungai Klang

LocalEntertainment
14 Aug 2024 • 1:52 PM MYT
SinarPlus
SinarPlus

SinarPlus is a portal based on News, Current Affairs and Lifestyle content

image is not available

"ABANG saya hilang selepas joging di Stadium Sultan Sulaiman Klang."

Demikian kongsi penyanyi Aufahanie berkongsi hebahan mengenai kehilangan abangnya, Nidza Afham Mokhtar, 23, yang tidak dapat dikesan keberadaannya sejak malam tadi.

Aufahanie menerusi TikTok meluahkan rasa sedih dan kebimbangan keluarga terutama ibunya.

"Baliklah Am. Kami semua tunggu, Umi tunggu kau Am," katanya.

image is not available

Dalam masa sama, finalis Big Stage itu juga berkongsi kronologi kehilangan Nidza Afham yang meninggalkan rumah pad ajam 7.54 malam.

"7.54 malam indrive pick up di rumah. 8.17 malam sampai di Stadium Sultan Sulaiman.

"9.04 malam kali terakhir beliau membalas mesej. Pada 9.13 malam, abang sudah tidak memberikan respons kepada teks yang dihantar.

"11.53 malam kami cuba menghubunginya namun panggilan tidak diangkat. Lokasi di jambatan hadapan Majlis Perbandaran Klang.

"1.50 malam, keluarga ke jambatan berkenaan dan cari Afham dan telefonnya. Ada dua lelaki menolong mencari di sekitar jambatan berkenaan hingga ke jambatan yang belum dibuka (banyak penghadang).

image is not available

"Ketika itu ditemui telefom bimbit dan dompet Afham namun kad debit dan wang tunainya didapati hilang," kongsi Aufahanie.

Penyanyi berusia 21 tahun itu turut berkongsi butiran lanjut dan identiti abangnya agar untuk membantu dikesan orang ramai.

"Baju dipakai semasa joging ialah jersi berwarna hitam atau biru gelap dengan nama APAM, 56 pada belakangnya," kongsi Aufahanie.

Tambahnya lagi, laporan polis sudah dibuat awal pagi tadi selepas ibu dan kakaknya dengan bantuan dua orang awam menemui telefon bimbit dan beg duit di hujung jambatan baharu.

image is not available

"Kami masih menanti. Afham, baliklah...

"Jika ada orang awam mempunyai apa-apa informasi, tolong hubungi saya atau nombor yang tertera.

"Mohon sebarkan... dan doakan abang saya pulang ke pangkuan keluarga dalam keadaan selamat," ujarnya menerusi hantaran di media sosial.

Diharapkan kita semua dapat membantu mengesan lokasi keberadaan Nidza Afham, sama-sama doakan beliau ditemui dalam keadaan selamat.