Tular di media sosial satu insiden kekecohan membabitkan penyokong Selangor FC dan Perak FC di sebuah stesen minyak di Lebuhraya Baru Lembah Klang (NKVE) malam tadi.
Difahamkan, insiden berkenaan berlaku sejurus tamatnya perlawanan Liga Super antara Selagor FC dan Perak FC.
Menerusi video tular itu, dikatakan kumpulan penyokong skuad Perak FC bertindak mengheret seorang penyokong Selangor FC masuk ke dalam bas. Tindakan tersebut dibuat katanya selepas tiga penyokong Selangor membaling batu. Bagaimanapun, dua lagi sempat melarikan diri.
The Supporters Perak sapu budak Casual Selangor kat Petronas NKVE. Katanya budak tu baling batu kat highway, pastu berenti isi minyak kat Petronas NKVE. 3 orang, 2 sempat lari, 1 kena ni bawa masuk bas. pic.twitter.com/Z0R8sMvcYG
Kumpulan penyokong pasukan Perak FC dikatakan bertindak mengejar individu berkenaan yang kemudiannya berhenti mengisi petrol di sebuah stesen minyak.
Susulan itu, ada dakwaan yang menyatakan tindakan membawa individu tersebut menaiki bas dikira sebagai kes ‘penculikan’.

“Siapa kata bukan kes culik? Tadi aku ada consult ke polis depan aku cerita diorang bawa budak tu naik bas. Terus polis kata “ini kes culik”.
“Dan sekarang jadi kes lain. Polis dah keluarkan report.Pakej, budak yang selamat tadi hilang dompet. Kena sapu sekali. Samun?,” tulis hantaran tular.
The post Baling batu pada pasukan lawan, individu dibawa masuk dalam bas appeared first on The Reporter.



