Balkanico, Pizza Homemade Istimewa Resepi Autentik Dari Itali Di Kuching

3 May 2024 • 1:03 PM MYT
I Love Borneo
I Love Borneo

Laman infotainment, gaya hidup dan pelancongan di Borneo

image is not available

Mana lagi nak dapat pizza handmade Gaya Itali di Kuching ni kan?

Balkanico, Pizza Homemade Istimewa Resepi Autentik Dari Itali Di Kuching. Pernahkah anda mencuba ‘handmade’ Pizza autentik Itali di Kuching?

Sekiranya belum, datanglah ke Balkanico Pizza yang terletak di Fairland Hidden Bar, Carpenter Street untuk merasai pizza buatan tangan oleh ‘pizzaiolo’ (chef pizza dalam bahasa Itali) iaitu Aleksander yang berasal dari Montenegro, Eropah Tenggara.

image is not available
Balkanico, Pizza Homemade Istimewa Resepi Autentik Dari Itali Di Kuching. Kredit foto daripada Facebook Lise Chew

Thin Crunchy Crust Pilihan Pelanggan

Rata-rata pelanggan menikmati pizza di Balkanico Pizza ini kerana pizzanya dihidang dengan ‘thin crunchy crust’ yang menjadikan pizza mereka lain daripada yang lain.

Antara keunikan lain, setiap doh pizza akan diuli secara ‘manual’ tanpa sebarang mesin.

Setiap pizza yang dipesan juga akan dihidang fresh from oven serta dilengkapi dengan sos rahsia menggunakan resepi ekslusif daripada mereka.

image is not available
Thin Crispy Crust pilihan pelanggan! Kredit Foto: Lance Lai

Dilengkapi dengan Sos Pesto Homemade

Adunan sos pesto buatan sendiri daripada campuran ‘basil leaf’ ini melengkapkan dan menyempurnakan lagi rasa hidangan pizza tersebut.

Sos pesto tersebut mengandungi rasa bawang putih yang agak kuat menjadikan pizza mereka tidak seperti pizza yang lain.

Sekiranya anda penggemar bawang putih dan peminat pesto, anda disarankan untuk merasai sendiri kesedapan pizza-pizza yang dijual di Balkanico Pizza ini.

Bagi pelanggan yang tidak meminati rasa bawang putih pada pizza mereka, pelanggan dibenarkan untuk memesan pizza mereka dengan sedikit sos pesto atau pun tidak dilengkapi dengan sos pesto sama sekali.

image is not available
Pelbagai jenis pizza ditawarkan! Kredit Foto: Facebook Balkanico Pizza

Lokasi dan waktu operasi Balkanico Pizza

Jika anda berada di Kuching, jangan lupa untuk singgah ke Balkanico Pizza ini bagi merasai sendiri kelainan pizza mereka.

Balkanico Pizza ini terletak di Jalan Carpenter dan dibuka pada jam 530 petang sehingga 1030 malam.

Namun, ‘stall’ mereka ini tidak berlangsung pada setiap hari dan pelanggan perlu menghubungi mereka di talian 016- 8612855 untuk bertanya tentang hari operasi kedai mereka.

Baca artikel lain mengenai western food di Kuching:

View Original Article