Balotelli sah tinggalkan KDA FC

Football
14 Jan 2024 • 11:58 AM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

image is not available
Balotelli mengumumkan di Instahramnya menyertai kelab berpangkalan di Macedonia Utara.

PENYERANG import Kedah Darul Aman (KDA) FC, Jonathan Balotelli sah tidak lagi bersama kelab utara tersebut apabila kembali ke Macedonia Utara.

Pemain berusia 34 tahun itu mengumumkan menyertai kelab FK Makedonija Gjorche Petrov yang beraksi di Liga Prva iaitu peringkat liga tertinggi di negara tersebut.

“Gembira dapat kembali ke negara yang memberi saya banyak kegembiraan,” katanya yang dipetik di laman Instagramnya.

Balotelli yang dibawa masuk oleh KDA FC pada awal musim 2023 bersama seorang lagi penyerang dari Brazil iaitu Willian Lira.

Walaubagaimanapun, penyerang itu dilihat bergelut untuk mendapatkan tempat dalam kesebelasan utama Sang Kenari.

Kemasukan Ifedayo Olusegun yang mengantikan Lira pada pertengahan musim juga menafikan peluang beraksi buat Balotelli yang terus gagal memberikan keyakinan kepada Ketua Jurulatih KDA FC, Nafuzi Zain.

Bersama Sang Kenari, Balotelli meledak empat jaringan gol dalam 20 penampilan Liga Super bagi musim 2023.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved