Balu Amirul Fahmi terima pampasan Perkeso

LocalPersonal Finance
9 Sep 2026 • 5:01 PM MYT
Kosmo Online
Kosmo Online

Hub berita berintegriti dan sensasi dalam dan luar negara.

Image from: Balu Amirul Fahmi terima pampasan Perkeso

KUALA TERENGGANU – Balu Allahyarham Amirul Fahmi Wan Jusoh, 40, yang dalam kebakaran bersama anak sulungnya pada akhir bulan lalu terharu layak menerima pencen Faedah Orang Tanggungan (FOT) daripada Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso).

Nur Izzah Ahmad, 37, berkata, faedah bulanan sebanyak RM920.70 sedikit sebanyak membantunya membesarkan dua zuriatnya yang baru berumur tiga bulan dan lima tahun.

“Alhamdulillah, saya sangat bersyukur dengan bantuan diberikan Perkeso ini.
Sekurang-kurangnya ia meringankan beban saya untuk menguruskan keperluan harian membesarkan anak-anak.

“Kehilangan arwah suami (Amirul Fahmi) dan anak sulung, Rehan Yusof, 9, amat memberi kesan terhadap kami sekeluarga,” katanya ketika ditemui di rumah keluarganya di Kampung Paloh Sungai Kiat, di sini, hari ini.

Terdahulu beliau disantuni Pengarah Perkeso Terengganu, Hisham Abdul Rahman yang turut menyerahkan Faedah Pengurusan Mayat (FPM) berjumlah RM3,000.

Hisham berkata, semakan mendapati arwah Amirul Fahmi yang bekerja sebagai pencipta kandungan sebuah restoran layak dilindungi Skim Kemalangan Bukan Bencana Kerja.

“Balu Allahyarham (Nur Izzah) layak menerima pencen FOT sepanjang hayat manakala dua anaknya pula sehingga berusia 21 tahun atau tamat pengajian ijazah pertama bermula bulan ini,” katanya.

Muka depan Kosmo! 27 Ogos lalu melaporkan Amirul Fahmi dan Rehan Yusof ditemui rentung dalam kebakaran memusnah rumah keluarganya di Kampung Tok Jembal, Kuala Nerus. – KOSMO! ONLINE

The post Balu Amirul Fahmi terima pampasan Perkeso appeared first on Kosmo Online.

View Original Article
Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved