Balutan Muka Jadi Bahan Gurauan, Pesakit Mahu Saman Doktor

10 May 2023 • 11:06 AM MYT
I Love Borneo
I Love Borneo

Laman infotainment, gaya hidup dan pelancongan di Borneo

image is not available

Balutan pelik pada muka seorang lelaki di sebuah hospital menyebabkan orang ramai ketawa apabila melihatnya

Balutan Muka Jadi Bahan Gurauan, Pesakit Mahu Saman Doktor. Seorang lelaki dari China berang apabila menjadi bahan ketawa orang ramai selepas keluar dari bilik kecemasan dengan balutan pelik di mukanya, lapor laman berita Thaiger, semalam.

Menurut sumber, pada mulanya, lelaki itu rasa pelik dan hairan mengapa orang ramai ketawa apabila mereka melihatnya.

Bagaimanapun, selepas melihat pantulan wajahnya di cermin, dia menyedari keadaan ‘luar biasa’ balutan di mukanya itu.

image is not available
Sumber: Kosmo

Kejadian itu dilaporkan berlaku di sebuah hospital di wilayah Henan, menyebabkan pesakit berusia 26 tahun itu mempertimbangkan untuk menyaman doktor disebabkan keadaan pembalut itu.

Lelaki tersebut dipercayai kemalangan dan dirawat di wad kecemasan

Beberapa individu kemudian dikatakan cuba menenangkan dan menghiburkan lelaki itu, termasuk mengatakan kepadanya bahawa pembalut akan membantunya bernafas dengan lebih baik, melihat dengan jelas dan memudahkannya untuk makan.

image is not available
Gambar hiasan. Sumber: Google

Bahkan, ia sekaligus menyebabkan wajah lelaki itu kemudian menjadi viral, dengan netizen meninggalkan pelbagai komen dan reaksi.

“Mentertawakan kesakitan orang lain memang kejam tetapi saya dengan rasa ikhlas memohon maaf kerana tidak dapat menahan ketawa saya,” kata salah seorang warga maya.

Baca juga artikel yang berkaitan: