BAM kenal pasti pengarah kejurulatihan perseorangan baharu

16 Jun 2023 • 12:47 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

image is not available
Choong Hann. -Foto Agensi

PERSATUAN Badminton Malaysia (BAM) akan memulakan proses pencarian pengganti Pengarah Kejurulatihan Perseorangan, Wong Choong Hann yang membuat keputusan meletakkan jawatannya.

Presidennya Tan Sri Mohamad Norza Zakaria berkata, proses mencari pengganti berkebolehan bagi mengisi jawatan itu, akan mengambil masa dan badan induk sukan tersebut hanya akan membuat pengumuman rasmi selepas ia dimuktamadkan.

"BAM tidak akan meninggalkan sebarang usaha untuk mencari calon yang sesuai untuk jawatan itu," katanya dalam satu kenyataan BAM pada Jumaat

Mohamad Norza pada masa sama, merakamkan ucapan terima kasih dan penghargaan kepada Choong Hann atas sumbangan besarnya kepada badminton Malaysia, sejak dilantik memegang jawatan itu pada 2018.

"Choong Hann telah banyak berkorban sepanjang perkhidmatannya bersama BAM dan kami tidak dapat berterima kasih kepadanya atas jasanya kepada sukan ini," katanya.

Choong Hann, 46, menerusi laporan media dimaklumkan telah menghantar surat peletakan jawatannya pada minggu lepas, sekali gus menamatkan tempoh perkhidmatan hampir lima tahun bersama BAM.

Kerjaya beliau di BAM bermula sebagai pengarah kejurulatihan kebangsaan pada November 2018, sebelum beliau berpindah sebagai pengarah kejurulatihan perseorangan, tahun lepas. - Bernama

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved