Bambamnya, pecah rekod! Lahir 4.8kg persis kanak-kanak taska, ibu kongsi pengalaman bersalin bayi paling besar

LocalFamily & Parenting
4 Sep 2024 • 9:35 PM MYT
SinarPlus
SinarPlus

SinarPlus is a portal based on News, Current Affairs and Lifestyle content

image is not available

SETIAP kali kelahiran, berat badan bayi menjadi topik bualan ramai. Seperti anak keempat Wan Nur Jahidah Wan Muim ini yang menjadi perhatian warganet di laman sosial TikTok.

Berkongsi khabar gembira sudah bersalinkan bayi lelaki, wanita itu tidak menyangka hantaran berkenaan menerima 3.6 juta tontonan selepas sehari dimuat naik.

"Pecah rekod. Emergency czer 4.8 kilogram (kg). Alhamdulillah selamat," titip Wan Nur Jahidah memuat naik foto bayinya comel dibedung.

Menerima lebih 480,000 tanda suka, hantaran berkenaan menjadi perhatian ramai lantaran kecomelan si kecil yang rata-rata bersetuju fizikal bayi berkenaan seolah-olah sudah menginjak usia berada di taman asuhan kanak-kanak (taska).

Malah, si cilik itu disahkan antara bayi yang paling besar.

“Sewaktu kelahiran, ruangan bersalin dan wad menjadi kecoh kerana anak saya ini seberat 4.8kg dan doktor kata ini antara bayi paling besar yang dilahirkan di hospital Raja Permaisuri Bainun ini.

image is not available

“Sebelum saya bersalin, pakar menasihati saya untuk melahirkan secara czer kerana ketika bersalin anak ketiga pernah ada sejarah bahu bayi tersangkut dan ketika itu anak saya seberat 3.8kg,” katanya ketika dihubungi pada Selasa.

Imbas kembali proses bersalin, ibu berkenaan memaklumkan doktor sudah memberitahu bersalin secara normal agak berisiko dan boleh menyebabkan komplikasi sehingga kematian.

Ibu muda berkenaan yang mulanya mahu bersalin secara normal akhirnya reda untuk dibedah demi keselamatan bayi dan ibu.

Wan Nur Jahida mendedahkan ketika hamil, beliau menyangka kandungannya itu kembar di samping mengalami alahan teruk dan keinginan minum air coklat ais setiap malam.

“Anak keempat ini merupakan kandungan paling mencabar kerana berdepan dengan alahan teruk dan keinginan minum Milo ais setiap malam tanpa gagal sehingga bersalin.

“Saya tidak pasti sama ada minum minuman itu yang menyebabkan anak menjadi sihat sehingga berat hampir mencecah 5kg,” ujarnya.

Rata-rata tinjauan SinarPlus mendapati warganet geram melihat kecomelan si kecil.

"Comelnya awak dik. Berat dah sama macam baby dua bulan."

"Mochi strawberi."

"Gebunya sayang, semoga membesar dengan sihat."

"Bulatnya anak soleh ni, dagu auto dua ya dik."

Sumber: Sinar Harian, TikTok @sueracun99