Ban pecah di Tanjong Karang

11 Oct 2022 • 12:52 PM MYT
The Sun Daily
The Sun Daily

For the latest news and features from Malaysia and the rest of the world.

image is not available

SHAH ALAM: Sebuah ban berhampiran Pekan Tanjong Karang, dekat sini pecah ketika kerja-kerja menaik taraf benteng berkenaan dijalankan, menyebabkan berlaku limpahan di kawasan berdekatan.

Pengarah Bomba Selangor Norazam Khamis berkata setakat ini, kesemua kawasan telah surut dan dalam keadaan terkawal.

“Anggaran ketinggian paras air ketika kejadian kira-kira tiga kaki (0.91 meter) selain keadaan terkawal. Tiada pusat pemindahan dibuka,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Norazam berkata pihaknya akan memantau dari semasa ke semasa bagi persediaan fenemona air pasang besar yang akan berlaku pada 6 petang ini.

Katanya, Jabatan Pengaliran dan Saliran Selangor sedang dalam pembaikan ban dan diusahakan siap sebelum air pasang berlaku. - Bernama

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved