Ban Pecah: Penduduk Dakwa Bukan Kali Pertama, Desak Pemaju Bertanggungjawab

LocalPolitics
30 Dec 2024 • 5:40 PM MYT
Borak Daily
Borak Daily

Curious & progressive. Bringing you the latest lifestyle & entertainment news

Sebuah dinding kolam takungan ban pecah menyebabkan limpahan air keluar dan terjadi banjir kilat ke kawasan perumahan Taman Seri Alam, Saujana Utama, Sungai Buloh semalam.

Memetik laporan MalaysiaGazette, Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor Ahmad Mukhlis Mokhtar memaklumkan pihaknya menerima panggilan berhubung kejadian itu pada pukul 5.15 petang.

Insiden ban pecah

image is not available

Foto: MalaysiaGazette

Susulan itu, seramai lima pegawai dan anggota bersama sebuah jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Bestari Jaya dikejarkan ke lokasi kejadian.

Komander Operasi, M. Kirushnan berkata, banjir disebabkan benteng takungan air bersebelahan taman perumahan itu telah pecah dan air melimpah keseluruhan taman pada paras satu kaki.

“Bagaimanapun kerja-kerja pemindahan mangsa yang terjejas sedang giat dijalankan bersama Pasukan Bomba Sukarela (PBS) Saujana Utama,” katanya.

Menurut laporan Buletin TV3, Pengerusi Persatuan Penduduk Taman Seri Alam, Sazalie Basran mendakwa insiden itu bukan kali pertama kerana kejadian sama pernah berlaku pada Disember 2015.

image is not available

Foto: Buletin TV3

Tambah Sazalie lagi, penduduk meminta pihak terbabit untuk menutup kolam berkenaan memandangkan ia boleh mendatangkan pelbagai risiko dan ancaman kepada penduduk.

“(Kejadian ban pecah) yang pertama pada tahun 2015, kemudian struktur ini telah dibina. Selepas lebih kurang 10 tahun, struktur ini mengalami keretakan.

“Hujan lebat daripada September lepas, banyak air keluar daripada dinding, pihak kami telah dapat kesan dan kita buat aduan secara rasmi dan bertulis kepada pihak majlis dan kepada pihak ini (pemaju) supaya dibuat pembetulan.

“Maka mereka telah membuat pembetulan dengan konsultan pihak merekalah yang mengatakan struktur kali ini berkemungkinan tidak akan berlaku pecahlah,” jelasnya.

image is not available

Foto: Berita Harian

Terdahulu, tular di Facebook Saujana Utama memaparkan kawasan perumahan telah banjir teruk akibat dinding kolam takungan pecah.

Menerusi ruangan komen, rata-rata pengguna menasihatkan orang ramai supata tidak melalui kawasan terbabit kerana berlaku kelihatan kesesakan jalan raya untuk memasuki kawasan itu.