Bancuh tepung ikut cara ini, barulah cucur kucai rangup di luar lembut di dalam. Resipi terpaling mudah tetapi sedap!

FoodCooking
21 Jul 2023 • 11:30 AM MYT
SinarPlus
SinarPlus

SinarPlus is a portal based on News, Current Affairs and Lifestyle content

Bancuh tepung ikut cara ini, barulah cucur kucai rangup di luar lembut di dalam. Resipi terpaling mudah tetapi sedap!

ENAKNYA menikmati cucur panas-panas bersama teh atau kopi baik waktu pagi mahupun petang hari.

Lebih menyeronokkan apabila dapat makan bersama sekeluarga kan, menu yang ringkas namun cukup menyelerakan.

Selain cucur ikan bilis, cucur udang, cucur bawang, anda juga boleh cuba cucur kucai.

Bagi yang mahir memasak cucur ini, pasti tiada masalah, kan?

Mudah sebenarnya nak dapatkan cucur yang sedap, rangup di luar dan lembut di dalam.

Jom cuba resipi yang dimuat naik Umi Watie menerusi laman Facebooknya.

Bagi yang selalu buat tidak menjadi tu, bolehlah cuba resipi yang dikongsikan itu.

Bahan-bahan
¼ cawan tepung gandum [BELI DI SINI]
¾ cawan air panas
2 cawan tepung gandum [BELI DI SINI]
1 cawan air biasa
Daun kucai (ikut cita rasa)
Sedikit udang
Lobak merah (ikut cita rasa)
Bawang merah (ikut cita rasa)
Garam [BELI DI SINI]
Gula [BELI DI SINI]
Minyak untuk menggoreng [BELI DI SINI]

Cara penyediaan:

1. Mula-mula kita buat bahan asas dahulu. Gunakan kaedah bancuhan Tang Zhong, sejenis bancuhan untuk melembutkan roti tanpa bahan pelembut. Caranya sediakan ¼ cawan tepung gandum dan ¾ cawan air panas menggelegak.

image is not available

 

2. Air panas tadi jangan masuk semua sekali. Isi sedikit demi sedikit. Memang akan bergentel (seperti dalam gambar ) apabila dimasukkan air panas. Seolah-olah masak tepung gandum tu.

image is not available

3. Inilah rupa selepas tepung siap dibancuh bersama air panas. Ini asas untuk cucur.

image is not available

4. Masukkan dua cawan tepung gandum, daun kucai seikhlasnya, udang ikut kemampuan, lobak merah ikut selera, bawang merah ikut suka dan garam untuk perasa.

image is not available

5. Masukkan air biasa sahaja ke dalam satu cawan.

image is not available

6. Gaulkan sebati dan siap. Rehatkan 5 minit. Panaskan minyak lalu goreng sampai kekuningan.

Selamat mencuba!

image is not available

Admin baharu buat cucur udang minggu lepas. Nampak gayanya boleh cuba resipi yang dikongsikan ini pula untuk cucur kucai pula.

Kalau anda yang sukakan rasa-rasa pedas tu, bolehlah letakkan sedikit cili merah atau hijau dalam bancuhan tepung tadi.

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Twitter, Instagram, Threads, YouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi.

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang

 

View Original Article