‘Bandar Lain Boleh Contohi Kuching’, Lelaki Ini Kagum Dengan Tarikan Pelancongan Sarawak

26 Dec 2022 • 6:25 PM MYT
I Love Borneo
I Love Borneo

Laman infotainment, gaya hidup dan pelancongan di Borneo

image is not available

Kuching destinasi pelancongan best di Sarawak.

‘Bandar Lain Boleh Contohi Kuching’, Lelaki Ini Kagum Dengan Tarikan Pelancongan Sarawak. Tidak dapat dinafikan Bandaraya Kuching sememangnya merupakan salah satu destinasi pelancongan yang menarik serta unik dalam Malaysia.

Waluapun merupakan bandar yang maju dengan pembangunan, Kuching, Sarawak masih lagi mengekalkan keseimbangan sejarah dan budayanya. Bandaraya ini juga telah dinobatkan sebagai Bandar Gastronomi oleh UNESCO di mana anda boleh mendapati pelbagai jenis makanan unik dan enak di sini.

image is not available
‘Bandar Lain Boleh Contohi Kuching’, Lelaki Ini Kagum Dengan Tarikan Pelancongan Sarawak

image is not available
Baca selanjutnya di sini: FB Lukman Sheriff

Kagum dengan Bandaraya Kuching

Baru-baru ini, terdapat sebuah perkongsian di Facebook di mana seorang lelaki dari Semenanjung ini memuji Banadaraya Kuching mengatakan dia kagum dengan destinasi pelancongan di sini.

Sempat singgah ke muzium terbaik di Malaysia iaitu Borneo Cultures Museum, dirinya amat kagum dengan pameran dan artifak sejarah di Muzium ini yang amat logikal, teratur, senang difahami dan juga interaktif.

Untuk makanan pula, dia berkata di Kuching bukan sahaja terdapat restoran makanan tradisional, malah di sini juga ada pelbagai kafe-kafe yang menarik (aesthetic dan insta worthy). Tetapi dalam banyak-banyak tempat makan, tempat makan yang paling lelaki ini gemari adalah Topspot di mana dia mengatakan makanan laut di sini lebih murah dari KL dan sayur midin belacan di sini adalah yang paling best!

image is not available

Sarawak Cultural Village perlu dikunjungi

Pengalamannya ke Sarawak Cultural Village juga menjadi ‘highlight’ kepada percutian singkat dirinya ke Kuching. Dia berkata bahawa Sarawak Cultural Village ini merupakan destinasi yang perlu dikunjungi jika singgah ke Kuching keraa di sinilah anda boleh melihat dan mempelajari tentang etnik-etnik di Sarawak dengan lebih mendalam.

Tambahnya lagi di dalam perkongsian tersebut, dia berkata Pasar Satok pula adalah salah satu tempat di mana orang luar boleh melihat hidup seharian rakyat Sarawak.

Di Waterfront Kuching pula, dia berkata bahawa tempat ini amat meriah, lively, dilengkapi dengan kemudahan serta aktiviti, gerai makan ada pelbagai, kemudian terdapat jambatan ikonik dan air pancut. Suasana yang lively di sini boleh dicontohi bandar lain termasuk KL, sebagai contoh menjadikan Dataran Merdeka lebih lively.

image is not available

Suasana meriah di Waterfront dikunjungi semua peringkat mmur

Suasana meriah di Waterfront yang dikunjungi oleh semua peringkat umur ini bagi dirinya adalah amat sihat dan dia juga turut mengucapkan tahniah kepada Bandaraya Kuching dan Sarawak kerana telah memberikannya pengalaman yang baik ketika melancong di tempat tersebut.

Apapun marilah kita rakyat Sarawak sama-sama menyambut pelancong luar dengan tangan terbuka serta memberikan contoh baik kepada mereka yang datang mengunjungi negeri kita. Sarawak bukan sahaja negeri yang kaya dengan tarikan pelancongan yang indah, malah rakyatnya juga amat sopan serta baik orangnya!

Lagi tempat menarik di Sarawak untuk anda terokai di sini: