Bang & Olufsen Lancar Empat Produk Bertemakan Ferrari – Harga Mencecah RM28,800

TechnologyDigital
11 Oct 2023 • 1:32 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Jenama audio terkemuka Bang & Olufsen melancarkan empat produk terkini mereka di Malaysia hari ini yang bertemakan Ferrari. Ia terdiri daripada Beosound 2 Home Speaker, fon kepala Beoplay H95, speaker mini Beosound Explore Portable Speaker dan fon telinga Beoplay EX.

image is not available

Beosound 2 Home Speaker ialah produk paling mercu degan ia adalah sistem audio yang kelihatan seperti sebuah kon. Kerana ia bertemakan Ferari, tubuh Beosound 2 yang diperbuat daripada bahan aluminium dikenakan kemasan warna merah. Ia mampu menawarkan audio 360 darjah dengan bantuan Active RoomSense yang menala bunyi mengikut ruang speaker ini diletakkan. Speaker ini serasi diletakkan di atas meja, para-para atau lantai mengikut kehendak pengguna.

image is not available

Beoplay H95 pula ialah sepasang fon kepala nirwayar yang dilengkapi pemandu audio dengan kubah titanium. Sebagai produk mercu, ia boleh digunakan sehingga 38 jam dengan sekali caj. Terdapat gelang aluminium pada cawan telinga untuk mengawal kelantangan audio H95. Ia ditawarkan dalam warna hitam dengan sedikit kemasan merah Ferrari.

image is not available

Seterusnya ialah Beosound Explore yang merupakan speaker bluetooth mudah lain dengan kemampuan kalis air serta debu IP67. Dengan sekali caj ia boleh beroperasi sehingga 27 jam. Tubuh diperbuat daripada aluminium dengan warna merah dan logo kuda Ferrari. Terdapat sebuah gelung karabiner terbina yang membolehkan ia disangkut. Tambatan menerusi Google Fast pair turut boleh dilakukan speaker mini ini.

Akhir sekali ialah Beoplay EX sepasang fon telinga dengan bateri sehingga 20 jam dengan bantuan pod pengecas. Mikrofon Beoplay EX dilengkapi teknologi beam forming yang membolehkan suara didengari lebih jelas ketika melakukan panggilan suara.

Di Malaysia harga jualan kesemua produk adalah.

ProdukHarga Jualan
Beosound 2 Home SpeakerRM 28,800
Beoplay H95 HeadphonesRM 7,500
Beosound Explore Portable SpeakerRM 1,600
Beoplay EX EarphonesRM 3,000

Bagi yang berminat untuk memiliki koleksi eksklusif Bang & Olufsen dan Ferrari ini, ia boleh dibeli di lokasi di bawah.

  • Aeco HQ Taman Shamelin
  • Sprint Cass (Metapod), KLIA 1 dan 2
  • Foto Flash (Flash Gadget), The Gardens
  • Streotype, IOI City Mall
  • Charlie Care, Pulau Pinang
  • B&O, The Gardens