‘Bang, pakai H**da tapi servis maintenance nak harga Axia ke?’ – Netizen ‘sekolahkan’ owner kereta yang dianggap kedekut

1 Nov 2023 • 11:08 AM MYT
The Reporter
The Reporter

Malay site offers reporting updates and viral community news from Malaysia

image is not available

‘Bang, pakai H**da tapi servis maintenance nak harga Axia ke?’ – Netizen ‘sekolahkan’ owner kereta yang dianggap kedekut

Sejak dua hari lalu, tular gambar tangkap layar hantaran di Facebook menunjukkan seorang lelaki yang meminta tips untuk mengurangkan bayaran servis kenderaannya, mengundang pelbagai reaksi netizen.

Berdasarkan gambar, lelaki yang dikenali sebagai ‘AAG’ berkenaan menghantar kenderaannya untuk diselenggara dan dikenakan caj sebanyak RM420.

Terkejut dengan jumlah itu, AAG meminta tips daripada para pemilik kenderaan jenis yang sama agar jumlah tersebut dapat dikurangkan mengikut kemampuannya.

“Service 20,000 kilometer. Apa yang boleh tolak ni? RM420 keras sangat,” tulis AAG disertai emoji menangis.

image is not available

Bagaimanapun, hantarannya itu tersebar meluas di media sosial dan netizen mengkritik pemilik kenderaan berkenaan.

“Bang, pakai h##da tapi servis maintenance nak harga Axia ke? Inilah masalahnya bila kau dengar iklan TikTok berbunyi, “Gaji RM2.5K layak pakai H##da”,” kata netizen.

“Kalau kedekut nak belanja service, baik tukar je bila habis bayar. Rosak pun rosaklah. Bila eli kereta memang kena fiki rkos selepas beli, insurans, road tax, service. Ingat pakai buang ke?” tambah netizen lain.

Orang ramai khususnya anak-anak muda dinasihatkan membeli kenderaan mengikut kemampuan diri. Janganlah mengikut nafsu agar tidak menyesal di kemudian hari.

Selain itu, buatlah penilaian sebelum membuat pembelian yang melibatkan jumlah pinjaman yang tinggi. Sekiranya tidak begitu memahami tatacara pembelian kenderaan, bertanya kepada mereka yang dapat membantu anda.

View Original Article