Bang Si-Hyuk Pentingkan Diri? Didakwa Bubar GFRIEND Semata Untuk Debut LE SSERAFIM

EntertainmentMusic
29 Apr 2024 • 5:14 PM MYT
Borak Daily
Borak Daily

Curious & progressive. Bringing you the latest lifestyle & entertainment news

Pengasas HYBE Corporation, Bang Si-hyuk didakwa menjadi dalang di sebalik pembubaran kumpulan GFRIEND secara tiba-tiba demi melancarkan proses debut LE SSERAFIM, pada tahun 2022.

Tular baru-baru ini mengenai kandungan perbualan didakwa antara Si-Hyuk bersama pengasas ADOR, Min Hee-Jin berikutan isu yang dibangkitkan HYBE berkaitan tuduhan pelanggaran kontrak.

Menerusi perbualan tersebut, netizen terkejut setelah mendapat tahu GFRIEND disyaki menjadi ‘korban’ untuk projek sulung kumpulan gadis baharu HYBE pada ketika itu.

image is not available

Foto: Billboard

Oleh kerana itu, netizen menganggap ura-ura yang bertebaran, GFRIEND meninggalkan SOURCE MUSIC pada 2021 kerana mereka tidak bersetuju dengan pembaharuan kontrak, adalah palsu dan sengaja direka oleh Si-Hyuk.

Netizen turut memberi pandangan, memandangkan LE SSERAFIM kini telah mengalami pelbagai masalah sejak penampilan pertama mereka, mungkin ini alasan ‘sebenar’ Si-Hyuk ingin memberhentikan Hee-jin sekali gus menjadikan NewJeans sebagai satu lagi ‘pengorbanan’.

image is not available

Foto: NME

Dalam pada itu, memetik artikel Koreaboo, Ketua GFRIEND, Sowon menerusi majalah Big Issue mengesahkan bahawa kumpulan itu langsung tidak tahu mereka akan dibubarkan dan mengalami kesukaran memproses apa yang berlaku.

Untuk rekod, GFRIEND ialah kumpulan gadis Korea Selatan yang ditubuhkan pada tahun 2015. Kumpulan itu terdiri daripada enam ahli iaitu Sowon, Yerin, Eunha, Yuju, SinB dan Umji.

Mereka memulakan kerjaya menerusi album Season of Glass pada 15 Januari 2015 dan memenangi beberapa anugerah seperti Best Rookie Award, membuktikan kesuksesan momentum awal walaupun hanya dari sebuah syarikat kecil.

Sumber: X @GreyItsDoor, Artikel Koreaboo

View Original Article