“Bang Sihyuk Sila Berjaga-Jaga” – Cuba ‘Sabotaj’ Comeback NewJeans? Peminat Hantar Trak Tanda Protes Pada HYBE

Music
8 May 2024 • 4:10 PM MYT
KimchiDaily
KimchiDaily

Kpop malay site consists of entertainment news, hot topics related to Korea

Netizen telah menyokong tindakan peminat NewJeans yang menghantar trak protes di hadapan bangunan HYBE.

Peminat NewJeans telah menghantar beberapa buah trak protes di hadapan bangunan HYBE Entertainment bermula dari 8 sehingga 10 Mei.

Pada trak tersebut, jelas tertulis beberapa mesej seperti, “Awak ingat seronok ke, Bang Si-hyuk? Bahagia?”, “Bang Si-hyuk sila berjaga-jaga! Jangan nak apa-apakan ADOR” dan banyak lagi.

Selepas gambar yang menunjukkan trak protes itu dimuat naik di media sosial, ianya telah mendapat perhatian ramai netizen di mana rata-rata mereka telah menyokong tindakan peminat NewJeans.

image is not available

Komen netizen,

  • Kalau HYBE tak nak sokong NewJeans, baik biar je ADOR yang uruskan.
  • Saya setuju! HYBE tak tolong promosikan langsung kemunculan semula NewJeans.
  • HYBE hanya gunakan NewJeans untuk permainan media.
  • Saya bukan peminat tapi saya akan sentiasa sokong NewJeans dan Min Hee-jin!
  • HYBE dipenuhi dengan orang-orang jahat.
  • Habislah Bang Si-hyuk!

Korang rasa macam mana?

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

View Original Article
Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved