Bang Sudu Selamat Bernikah Semalam, Kedai Tutup Seminggu

EntertainmentMusic
4 Jun 2023 • 4:20 PM MYT
Siakap Keli
Siakap Keli

We’re a fast growing company with over 20 million page views per month.

image is not available

image is not available

Bang Sudu Selamat Bernikah Semalam, Kedai Tutup Seminggu

Seorang peniaga nasi lemak yang mesra dengan panggilan Bang Sudu telah menamatkan zaman bujang apabila selamat disatukan dengan wanita pilihannya iaitu ‘Atirah Izlan semalam.

Berita gembira itu dikongsi oleh Bang Sudu atau nama sebenarnya Muhammad Fazrie Haiqal Faizal di media sosial miliknya beberapa hari lalu.

Perkongsian itu juga dibuat untuk memberi maklumat berkenaan penutupan kedai nasi lemak selama seminggu susulan dengan majlis perkahwinannya.

Video pendek berdurasi 30 saat itu dimuat naik di TikTok, memaparkan kegembiraan Bang Sudu apabila membuat pengumuman bahawa dia akan menamatkan zaman bujangnya.

“Jadi saya nak maklumkan kepada semua, saya akan cuti selama seminggu atas sebab saya kahwin pada minggu ini.

“Saya ambil cuti kahwin selama seminggu, dan akan maklumkan bila kedai akan dibuka semula,” jelasnya dalam video tersebut.

Dia turut berharap agar orang ramai dapat menyebarkan video tersebut supaya salah faham tidak tercetus apabila melihat kedainya tutup.

“Tidak kisah jauh atau dekat, saya nak minta maaf kepada semua yang beratur saya harap semua dapat tengok video makluman ini dan dapat kongsi kepada orang lain supaya tahu kedai saya tutup buat sementara waktu,” ujarnya.

Dalam satu perkongsian video yang lain, Bang sudu yang juga terkenal dengan berniaga nasi lemak RM1, menunjukkan detik indah ketika dia dan pasangannya di ijab kabulkan.

image is not available
Kredit: Twitter @FazrieHaiqal_

Video tersebut turut menunjukkan pasangannya, ‘Atirah Izali semasa mereka keluar bersama meluangkan masa.

Bang sudu turut memasukkan video ketika dia melafazkan ijab bersama dengan wali pengantin perempuan.

Dengan hanya sekali lafaz, pasangan mempelai itu disahkan sebagai suami isteri oleh saksi-saksi serta wali pengantin perempuan.

 

Tular di media sosial

image is not available
Kredit: TikTok @bangsudu

Tahun lepas, merupakan detik bersejarah buat Bang Sudu apabila perniagaan mencanak naik selepas menetapkan harga RM1 buat nasi lemak yang dijual.

Media sosial pada ketika itu dihangatkan dengan berita perniagaannya dan warga maya dilihat mengambil peluang memeriahkan suasana dengan membeli nasi lemaknya.

Selebriti internet Khairul Aming juga sempat menyertai gelombang hangat itu dengan memberi sokongan membeli nasi lemak tersebut.

Video tersebut juga menjadi tular dan perniagaan Bang Sudu sekali lagi berada paras yang selesa susulan dengan penangan Khairul Aming.

Sumber: @bangsudu/TikTok

View Original Article