Bangga Dengan Budaya Sarawak, Individu Dari Melaka Pakai Baju Iban Demi Keretapi Sarong 2023

20 Sep 2023 • 2:07 PM MYT
I Love Borneo
I Love Borneo

Laman infotainment, gaya hidup dan pelancongan di Borneo

image is not available

Pempengaruh TikTok, Otam Blurr labur RM5,000 untuk pakaian iban semasa Hari Malaysia

Bangga Dengan Budaya Sarawak, Individu Dari Melaka Pakai Baju Iban Demi Keretapi Sarong 2023. Baru-baru ini, program Keretapi Sarong 2023 yang dianjurkan di Dataran Merdeka sempena sambutan Hari Malaysia mendapat sambutan hangat daripada rakyat.

Terdapat peserta yang sanggup berhabis duit untuk menyediakan busana tradisional bagi mewakili etnik-etnik di Malaysia.

Namun, seorang peserta dikenali sebagai Otam Blurr telah meraih perhatian ramai apabila beliau sanggup berbelanja hampir RM5,000 untuk memiliki busana kaum Iban lelaki.

image is not available
Sumber: utusan

Menurut sumber, bekas penari tradisional dari Melaka itu turut memaklumkan bahawa aksesori yang paling mahal adalah setapok tunjang dengan bulu burung kenyalang yang berharga RM1,800.

“Saya beli set lengkap ini dari Sarawak, saya juga bernasib baik diberikan harga promosi sebab ‘ngajat’ di depan mereka,” katanya memetik laporan.

Beliau bangga dapat memakai busana iban

Dalam pada itu, menerusi perkongsiannya di laman TikTok pula, beliau turut menyatakan bahawa beliau berbangga memakai busana Iban, malah ramai mengatakan kepadanya seperti orang Sarawak.

“Otam berbangga pakai baju iban ni, bila jumpa orang Sarawak, mereka ingatkan saya orang Sarawak,” tulisnya menerusi kapsyen TikTok.

image is not available
Sumber: tiktok

“Saya tidak pandai berbahasa Sarawak, saya tak pandai berbahasa iban juga,” ujar lelaki dari Melaka itu lagi.

Netizen memujinya memakai baju tradisional iban walaupun bukan rakyat Sarawak

Menjengah ke ruangan komen pula, rata-rata pengguna media sosial memuji tindakannya, bahkan mahu menangkap gambar bersama Otam.

@otamblurrrr

Replying to @Eyezack | TAGCC Dalam train akan tanggal kan dari kepala.takut juga oi sbb bulu ruai ni mahal.huhuh patah 1 bole merana seminggu

♬ original sound – OtamBlurr – OtamBlurr

Untuk makluman, Keretapi Sarong 2023 yang diadakan bersempena Hari Malaysia disertai lebih 10,000 orang dari seluruh negara yang mengenakan busana tradisional atau mengenakan kain sarung.

Kemudiannya mereka menaiki pengangkutan awam seperti transit aliran ringan (LRT), transit aliran massa (MRT) dan KTM Komuter dari pelbagai tempat.

Baca juga artikel yang berkaitan: