Bangga namun risau! Ketua Menteri Sabah mohon solidariti buat Zizi & Sul Aidil

LocalWorld
2 Oct 2025 • 10:39 AM MYT
Oh My Media
Oh My Media

A digital platform emphasizing quality content and inspirational stories.

Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Hajiji Noor menyatakan kerajaan nengeri hari ini menyuarakan kebimbangan terhadap penahanan dua anak negeri itu, Zizi Kirana dan Sul Aidil, yang menyertai misi kemanusiaan Global Sumud Flotilla (GSF) ke Gaza.

image is not available

Ketua Menteri Sabah yakin PM dan Menteri Luar akan ambil langkah diplomatik

Menerusi hantaran yang dibuat beliau di media sosial, kerajaan negeri amat prihatin dengan situasi tersebut, malah menyifatkan keberanian mereka menyertai misi bantuan itu sebagai sesuatu yang membanggakan rakyat Sabah dan Malaysia.

“Kerajaan negeri yakin Perdana Menteri (Anwar Ibrahim) dan Menteri Luar (Mohamad Hasan) akan mengambil langkah diplomatik terbaik bagi membantu pembebasan segera semua sukarelawan Malaysia yang ditahan.

“Doa kita mengiringi keselamatan dan pembebasan mereka yang berjuang atas nama kemanusiaan,” katanya.

image is not available

Ketua Menteri Sabah ajak semua bersolidariti

Hajiji turut menyeru seluruh rakyat Sabah tanpa mengira agama, bangsa dan politik untuk bersatu menunjukkan solidariti terhadap perjuangan kemanusiaan di Gaza.

image is not available

Setakat jam 7.50 pagi waktu Malaysia, seramai 17 rakyat Malaysia dilaporkan terputus hubungan dengan Pusat Kawalan Sumud Nusantara (SNCC) selepas kapal mereka dipintas.

Mereka termasuk Zizi Kirana yang menaiki kapal Huga, dan Sul Aidil yang berada di atas kapal Alma.

Sumber: Facebook Hajiji Haji Noor

View Original Article