Bangga Tayang Produk Pro-Israel, Ameera Khan Teruk Dikritik – “Respek Sikit Mekkk, Halahhh Kata Sokong P4l3stin?”

Entertainment
9 Nov 2023 • 2:40 PM MYT
Beautifulnara
Beautifulnara

Cerita dan gosip artis terbaru, sensasi dan panas

image is not available

Sebelum ini, personaliti media sosial terkenal, Ameera Khan atau LMK dipuji ramai warganet kerana menjadi antara berani untuk menyatakan sokongan terhadap Palestin.

Terbaru, adik kepada Neelofa itu meraih perhatian dan mengundang pelbagai respon daripada warganet selepas berkongsi satu hantaran di Instagram.

Baru-baru ini, Ameera ada memuat naik gambar mempamerkan barangan mekap daripada jenama antarabangsa, Dior yang diketahui ramai memberikan sokongan terhadap Israel.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Ameera Khan (@littlemisskhan)

Hantaran itu mengundang rasa kurang senang ramai pengikutnya di platform media sosial tersebut di mana mereka menggesa Ameera untuk tidak lagi berkolaborasi dengan jenama berkenaan.

Meskipun ada yang faham ia mungkin tuntutan kerja yang sudah dipersetujui lebih awal, namun sesetengah individu berpendapat masa tidak bersesuaian untuknya membuat hantaran tersebut.

image is not available image is not available image is not available image is not available

Apatah lagi, baru-baru ini Dior menjadi sebutan ramai selepas menggantikan model antarabangsa terkenal berdarah Palestin, Bella Hadid kerana lantang bersuara tentang kekejaman Israel.

Ada yang kecewa kerana Ameera sangat lantang bersuara tentang nasib rakyat Palestin yang ditindas oleh Israel namun dia memuat naik hantaran tersebut pula.

image is not available image is not available image is not available

View Original Article