Bangkai penyu cedera pada kepala dijumpai terdampar

LocalEnvironment
19 Jan 2026 • 6:14 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

image is not available
Bangkai seekor penyu agar jantan dijumpai terdampar di Pantai Paka, Dungun pada Isnin.

DUNGUN - Bangkai seekor penyu agar jantan ditemukan terdampar dengan kesan kecederaan pada bahagian kepala di Pantai Paka di sini pada Isnin.

Bangkai haiwan itu dijumpai seorang kerani swasta, Mohd Zukri Kadir, 45, ketika melakukan aktiviti riadah di pantai berkenaan kira-kira jam 7.30 pagi.

Mohd Zukri berkata, penyu bersaiz besar itu kelihatan tidak bergerak pada jarak kira-kira tiga meter dari gigi pantai menyebabkan dia menganggap haiwan berkenaan telah mati.

"Penyu jarang berada di pantai pada waktu pagi. Apabila saya dekati dan lihat ia tidak menunjukkan sebarang pergerakan, saya yakin ia telah mati," katanya.

Menurutnya, keadaan bangkai yang sudah mengembang serta mengeluarkan bau menunjukkan penyu berkenaan dipercayai telah mati sejak beberapa hari lalu.

Tambah beliau, terdapat maklumat mengenai penemuan bangkai penyu lain di pantai sama sehari sebelum kejadian, namun bersaiz lebih kecil.

"Penyu yang ditemui hari ini lebih besar dan dianggarkan melebihi satu meter panjang," katanya.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved