Bangkok, 42 wilayah lain dilanda jerebu, catat indeks pencemaran udara tidak sihat

3 Feb 2023 • 10:42 PM MYT
Media Selangor
Media Selangor

Berita dan isu semasa, inklusif untuk semua.

image is not available

BANGKOK, 3 FEB: Jerebu menyelubungi Bangkok dan 42 wilayah di Thailand pada Jumaat apabila skala PM2.5 direkodkan melebihi paras selamat iaitu 50 mikrogram setiap meter padu (ug/m3).

Wilayah yang terjejas termasuk Nonthaburi, Samut Prakan, Ayutthaya, Buriram, Chiang Mai, Chiang Rai dan Chon Buri.

Setakat 6 petang (waktu tempatan) Jumaat, bacaan indeks kualiti udara (AQI) Bangkok direkodkan pada 152 pada IQAir, menurut platform penjejakan kualiti udara Switzerland.

Bacaan AQI melebihi 100 dianggap ‘tidak sihat’, manakala bacaan melebihi 200 adalah ‘sangat tidak sihat’ sementara tahap yang melebihi 300 dikategori sebagai ‘berbahaya’.

Jabatan Kawalan Pencemaran menjelaskan, tahap pencemaran udara tidak sihat PM2.5 adalah disebabkan oleh pencemaran udara di atmosfera.

Orang ramai dinasihatkan untuk tinggal di dalam rumah dan mengurangkan aktiviti luar serta menggalakkan bekerja dari rumah.

Sementara itu, Jabatan Meteorologi Thailand meramalkan bahawa pencemaran udara akan berkurangan pada Sabtu.

– BERNAMA

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved