Bangkok Dilanda Banjir Kilat, Beberapa Tempat ‘Tenggelam’ Akibat Hujan Lebat

21 Jul 2022 • 12:34 PM MYT
Siakap Keli
Siakap Keli

We’re a fast growing company with over 20 million page views per month.

image is not available

Beberapa jalan dan kawasan perumahan di Bangkok dilanda banjir pada hari ini selepas turunnya hujan lebat dan angin kencang sejak dari malam tadi lagi.

Jabatan Saliran dan Pembentungan Bangkok melaporkan pada pagi Khamis ini bahawa tinjauan awal di 23 jalan telah ditenggelami air setinggi 20-30 cm. Terutamanya di Ratchadaphisek, Pracha, Songkhro, Prachasuk, Lat Phrao, Phatthanakan,Navamin, Asok Montri, Chan, Saint Louis, Sriwara, Jomthong, Ekachai, Suanplu, dan Sukhumvit.

Jabatan itu berkata, air banjir akan berterusan memasuki jalan utama supaya keadaan trafik akan kembali normal seperti biasa.

Pihak berkuasa Bangkok menasihati pemandu supaya mengelak menggunakan Lebuhraya Chalerm Maha Nakhon berhadapan Wat Sarod dan sebaliknya menggunakan Jambatan Rama IX.

Sementara itu, di jalan Pradit Manutham bersebelahan dengan persimpangan Lebuhraya Rama IX, sebuah trak telah terbalik. Menyebabkan hanya satu laluan dibuka. Pengguna diminta untuk tidak menggunakan laluan ini.

image is not available
The Nation Thailand

image is not available
The Nation Thailand

image is not available
The Nation Thailand

image is not available
The Nation Thailand

image is not available
Kredit: The Nation Thailand

Orang ramai telah membuat perkongsian di Facebook berkenaan kejadian banjir tersebut dengan membuat tanda pagar #banjir. Kejadian ini telah trending dan menjadi topik utama di Twitter pada pagi Khamis.

Jabatan Meteorologi Thailand berkata hujan lebat berkemungkinan merentasi Utara, Timur Laut, Wilayah Tengah, Timur dan Selatan pada Khamis.